31 December 2010

Kereta Lumba Anak Saudara

Semasa aku melihat album lama keluargaku, aku tertarik dengan beberapa foto di bawah, mengesahkan anak-anak saudara ku dengan kereta masing-masing. Saja nak share dengan semua sahabatku.

Antara permainan kegemaran anak-anak saudara lelaki aku adalah bermain kenderaan. Asal ada sahaja roda, ok lah bagi mereka. Tetapi ada di antara mereka yang akan mencabutkan roda-roda kenderaan walaupun baru seminit kenderaan tersebut dibeli. Kami menunggu kalau ada di antara mereka akan menjadi jurutera kenderaan bila dewasa nanti. Walaupun kini masing-masing dah besar (tapi masih belum cukup dewasa) tetapi belum nampak bakat ke arah itu lagi. Foto atas dari kanan Amir, Firdaus dan Ammar.

Deretan kereta lumba berkawalan milik mereka, siap sedia untuk menguasai track F1 di rumah kami di Melaka.



Ini adalah abang (Adi Nur Rashid) semasa kecil dia dah belajar untuk memandu, tapi yang dipandunya adalah lori.... Semasa kecil abang kurang suka dengan permainan dalam bentuk kenderaan... permainan yang digemarinya adalah Lego, banyak juga kami belikan dia set lego, dan apabila dia mula mengadap dan mereka, dia akan leka hingga sukar untuk kami memberhentikannya walaupun untuk panggil makam.



Yang ini pulak adalah adik (Firdaus) membelek jentera.... sayang sekali selalunya semua mainan kederaan yang tiba ke tangannya tak tahan lama kerana selalu kemalangan dan tercabut roda. Sekejap sahaja kenderaan akan hilang roda dan diganti dengan roda lain.

No comments: