02 December 2010

Percutian Langkawi 2010 Part III

Pada 29 November 2010, selepas turun dari Gunung Mat Cincang, kami bersiar-siar di Oriental Village, terdapat kolam ikan, laluan jambatan batu, jambatan gantung, taman arnab, food court, kedai-kedai cenderahati, kedai sewaan basikal dan motosikal, ruang menyewa bot, restauran dan kedai makan, surau, tandas dan pentas. Terdapat juga kolam yang agak besar yang digunakan untuk rekreasi.

Emak bersama Ammar di salah sebuah taman. Waktu ini kami semua hampir keletihan kerana banyak berjalan semasa di atas Gunung Mat Gincang. Nampak mak macam dah penat sangat... kesian kat emak, tapi semangat mak masih kuat dan masih boleh melangkah dengan steady. Semasa kami nak cari pintu keluar kami berjumpa dengan taman arnab. Arnab-arnab di sini semuanya jinak-jinak.

Lihat sahaja 2 ekor arnab yang ada di atas peha Ammar. Rupanya arnab-arnab ini telah biasa dengan kehadiran pengunjung. Apabila pengunjung masuk sahaja, arnab-arnab ini akan datang dan meminta makanan dari para pengunjung, jadi kita hanya beli sahaja potongan lobak merah yang memang ada dijual di pintu masuk taman ini. Satu plastik kecil harganya RM 1 sahaja.

Kebanyakan arnab di sini tak berapa bersih, walaupun dalam foto nampak putih tetapi ada beberapa ekor arnab bulunya yang kusut dan bertanda tompokan tanah merah. Keseluruhan kawasan arnab ini berpasir halus dan terdapat banyak najisnya dalam keadaan berselerakan. Rupanya najis arnab ni serupa najis kambing tetapi bersaiz kecil.

Cuba lihat dalam foto ini, Amir sedang ditenung oleh seorang arnab yang besar berwarna brown, di tepinya ada seekor lagi sedang mengendeng makanan. Mulanya arnab ini mengikut Amir dan cuba memanjat Amir, tetapi Amir agak takut atau mungkin geli dengan arnab itu lalu dia cuba melarikan diri dari arnab tersebut. Tapi arnab itu tetap mengikut dia, semasa Amir duduk di bangku arnab tersebut cuba merangkak dan memanjat Amir.

Aku dan arnab-arnab putih.

Selepas ini ikuti expedisi kami melawat kawasan pokok bakau dan beberapa pulau dan gua di sekitar Pulau Langkawi. Ekspedisi semakin menarik........ tungguuuuuuuuuuuuu

No comments: