10 November 2011

TABIAT SUKA MARAH

Saya ambil artikel ini dari fb tuannya Tuan Albanna Mutiara Ilmu, bagusnya dapat share bersama semua kawan-kawan.

Sifat marah itu adalah suatu sikap jiwa dan tabiat pemberontakan yg dirasakan oleh anak-anak pada hari-hari pertamanya dalam hidup, dan sifat ini akan menemaninya dalam semua peringkat umurnya hinggalah ke maut. Maka adalah salah jika marah itu dikira dari tabiat-tabiat yg buruk, dan sikap pemberontakan yg tidak baik. Sebab Allah SWT ketika mencipta manusia dan melengkapkan dlm dirinya bakat, kecenderungan dan perasaan; Semua itu bukan sia-sia, malah dengan kebijaksaan yang tinggi. Kalau tidak kerna tabiat marah ini, yg tlh lengkapkan oleh Allah dlm diri manusia, niscaya orang Islam tidak tahu marah, dan niscaya dia akan berpeluk tubuh apabila larangan-larangan Allah dilanggar, ataupun agamanya dihinakan, ataupun jika ada musuh yang mahu merampas tanah tumpah darahnya, serta menguasai negaranya. Memang telah terang di dalam Hadith, bahawasanya baginda SAW pernah didatangi orang yang mahu memohon digugurkan hukuman terhadap salah satu dari larangan-larangan Allah, lalu baginda marah, dan kelihatan jelas sekali pada wajahnya tanda-tanda marahnya. Baginda lalu berkata dgn tegas: إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ أَنَّهُ إِذَا سَرَقَ فِيْهُمُ الشَّرِيْفُ تَرَكُوْهُ، وَإِذَا سَرَقَ فِيْهِمُ الضَّعِيْفُ أَقَامُوْا عَلَيْهِ الْحَدَّ، وَايْمُ اللهِ لَوْ أنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا "Hanyasanya kaum-kaum yg sebelum kamu telah binasa, bahawa jika pembesarnya mencuri mereka bebaskan, dan jika silemah yg mencuri, mereka jatuhkan hukuman atasnya. Demi Allah, sekalipun Fatimah binti Muhammad yang mencuri, niscaya aku akan memotong tangannya".

Ath-Thabarani pula telah meriwayatkan daripada Anas رضي الله عنه bahawasanya dia berkata: مَارَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْتَقَمَ لِنَفْسِه مِنْ شَيْءٍ إِلَّا إِذَا انْتُهِكَتْ للهِ حُرْمَةٌ، فَإِنِ انْتُهِكَتْ للهِ حُرْمَةٌ كَانَ أَشَدَّ النَّاسِ غَضَبًا، وَمَا عُرِضَ عَلَيْهِ أَمْرَانِ إِلَّا اخْتَارَ أَيْسَرَهُمَا مَا لَمْ يَكُنْ فِيْهِ سَخَطُا للهِ، فَإِنْ كَانَ فِيْه ِللهِ سَخَطٌ كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ "Saya tdk pernah melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم menunjukkan kemarahannya yang sangat dalam sesuatu perkara, kecuali apabila dilanggar larangan Allah, maka apabila dilanggar larangan Allah, baginda SAW akan kelihatan amat marah sekali. Dan tiada pernah diberikan pilihan kepadanya antara keduanya, dengan syarat tiada berkaitan dengan kemurkaan Allah. Jika perkara itu ada kaitannya dengan kemurkaan Allah, maka baginda adalah orang yg paling jauh daripadanya" Jika ramai daripada pakar-pakar kemasyarakatan dan pendidikkan mengira sifat marah itu antara sifat-sifat yang keji, dan adat-adat yang tercela, maka sebenarnya mereka memaksudkannya sifat marah yang terkeji, yang boleh membawa kepada hasil-hasil yang buruk, dan akibat-akibat yang tidak baik; iaitu ketika dia memberontak dan marah kerana maslahat dirinya sendiri.

Memang tdk sepi lagi, bahawa marah yang seumpama ini akan memecah-belahkan persatuan, merobohkan jamaah dan mencabut akar-umbi erti persaudaraan, cinta kasih dan kebersihan jiwa ditengah-tengah masyarakat. Al-Bukhari dan mUslim juga tlh meriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud رضي الله عنه berkata: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : مَاتَعُدُّوْنَ الصُّرَعَةَ فِيْكُمْ؟ قَالُوْا الَّذِيْ لَاتَصْرَعُهُ الرِّجَالُ، قَالَ: لَا، وَلٰكِنِ الَّذِيْ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ "Apakah yg kamu maksudkan pergelutan itu? Mereka menjawab: Orang yg tdk dapat dikalahkan oleh orang-orang lelaki. Berkata Nabi صلى الله عليه وسلم: Tidak! Akan tetapi orang yang dapat menguasi dirinya ketika marah" Firman Allah Ta'ala: وَلا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ "Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia".

Ayat 34: سورة فصّلت Jika sekiranya yang menyebabkan marah itu asalnya mengejek-ngejek, mengata-nista, dan memanggil dengan gelaran-gelaran yang jijik, maka wajiblah atas para pendidik menjauhi semua sebab-musabab. Alangkan besarnya kesan pendidikan Al-Quran Al-Karim ketika dia mencegah dari mengejek-ngejek, buruk sangka, merisik-risik dan memanggil dgn gelaran-gelaran yang buruk, menerusi firman Allah Ta'ala berikut: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلا تَنَابَزُوا بِالألْقَابِ بِئْسَ الاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الإيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ "Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yg mengolok-olok) dan jgnlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yg aniaya". >: Ayat 11: سورة الحجرات

~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~

No comments: