Seribu syukur ke hadrat Ilahi kerana saya selamat sampai ke rumah di Ampang, Kuala Lumpur. Awal pagi saya dan mak keluar rumah di kampong untuk ke Klinik Komuniti Selandar kerana appoinment berjadual mak dengan doktor. Sebelum ke Klinik, kami singgah sekejap ke Pusara Ayah untuk mengucapkan selamat tinggal sekejap dan mensedekahkan bacaan yasin dan doa.
Pemeriksaan mak siap awal dan jam 9.30 pagi kami dah bertolak ke rumah Ain di Tampin. Tiba di rumah AIn, anaknya Amir ada di rumah tetapi Ain sedang mengajar. Selepas makan dan berehat saya bertolak balik ke KL. Hujan lebat sehingga Seremban dan kereta juga banyak di jalanraya.
Alhamdulillah Allah dah selamatkan perjalanan saya. Terima Kasih Allah dan kepada mak yang mendoakan keselamatan saya.
No comments:
Post a Comment