Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
19 November 2011
Sebaik-baik Wanita
Allah pernah berjanji bahawa wanita makhlukNya yang paling mudah untuk memasuki mana-mana pintu syurga, hanya dengan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh seseorang wanita itu. Perkara yang perlu dilaksanakan tidak sukar sangat iaitu menjaga maruah diri dengan menutup aurat sebaik mungkin (semoga Allah juga membimbing saya dalam memastikan aurat sentiasa terjaga) dan bagi wanita yang bergelar isteri jagalah nama, maruah dan harta suami, lakukan ibadat dan tinggalkan perkara yang mungkar - itu je.
Di samping itu, Allah juga meletakkan satu pintu syurga di bawah tapak kaki wanita khususnya ibu. Sekiranya pintu syurga itu kita sendiri tidak jaga bagaimana pula anak-anak akan memasukinya, oleh itu peliharalah pintu syurga itu sebaik mungkin - semoga dengan adanya pintu itu anak-anak tahu hala tuju hidup mereka.
Betapa kasihnya Allah kepada kita wanita kan???
Labels:
Wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment