Selepas tamat sahaja solat sunat raya,kami sekeluarga akan ke Taman barzah untuk beraya dengan ayah. Seperti biasa adikku Adnan memimpin bacaan tahlil ringkas, dimulakan dengan Ummul kitab, selawat atas Rasulallah SAW dan keluarganya, Surah Yasin dan diakhiri dengan doa khusus ditujukan untuk ayah.
Selepas selesai menziarahi ayah, mendoakan untuk kesejahteraannya, kami terpaksa meninggalkan taman ini untuk pulang ke rumah. Sewaktu kami pulang, masih ramai lagi kaum kerabat lain yang juga menziarahi saudara mara masing-masing. Taman Barzah kali ini meriah lagi.
No comments:
Post a Comment