30 November 2011

Nasihat Al-Imam Hasan Al-Basri


يَابُنَيَّ خُذْ هِذِهِ البِطَاقَةَ خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَلْفِ كِتَابٍ: لَا تَغْتَرَّ بِمَكَانِ صَالِحٍ فَلَا مَكَانَ أَفْضَلُ

مِنَ الجَنَّةِ، فَانْظُرْ فَقَدْ لَقِيَ فِيْهَا أَبُوْنَا آدَمُ مَا لَقِيَ. وَلَا تَغْتَرَّ بِكَثْرَةِ العِبَادَةِ فَإِنَّ إِبْلِيْسَ

بَعْدَ مَكْثِهِ فِى العِبَادَةِ فَانْظُرُ مَاذَا لَقِيَ. وَلَا تَغْتَرَّ بِرُؤْيَةِ الصَّالِحِيْنَ، فَلَا شَخْصَ أَعْظَمُ

مِنَ المُصْطَفَى صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَنْتَفِعْ بِهِ الكُفـَّارُ وَالمُنَافِقُوْنَ وَلَا تَغْتَرَّ بِكَثْرَةِ

العِلْمِ فَإِنَّ بَلْعَامَ بْنَ بَاعُوْرَاءَ بَعْدَ نَظْرِهِ فِى اللَّوْحِ المَحْفُوْظِ فَانْظُرْ مَاذَا لَقِيَ

Wahai anak ku, ambilah kertas petunjuk ini sebab isi di dalam kertas ini lebih baik bagimu dari seribu kitab: Janganlah engkau terpedaya dengan tempat orang shalih sebab tidak ada tempat yang lebih utama selain syurga. Lihatlah apa yang terjadi pada ayah kita Adam di syurga, janganlah engkau tertipu dengan banyaknya ibadah sebab lihatlah apa yang didapatkan oleh Iblis setelah banyak melakukan ibadah, janganlah engkau terpedaya dengan melihat kaum shalihin kerana tidak ada seorang yang lebih agung dari Nabi Muhammad SAW namum orang-orang kafir dan munafiq tidak mengambil manfaat dari beliau, dan janganlah engkau tertipu dengan banyaknya ilmu. Lihatlah keadaan Ba'am bin B' Urah setelah ia menyaksikan Lauh Mahfudz.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Albanna Mutiara Ilmu akan pesanan ini.

2 comments:

TehLimau said...

kurang faham dengan maksud "janganlah engkau terpedaya dengan melihat kaum shalihin"....

Unknown said...

Abang kena lihat pada seluruh ayat,apa ynng Imam Hasan Basri ingatkan anaknya adalah jangan melihat pada kulit sahaja, seperti lihat pada pakaian, rupa, ilmu, tempat termasuk anggapan pada seseorang itu sebagai orang alim. Kerana tiada manusia yang lebih benar daripada Rasulallah SAW.