03 November 2011

Nama Yang Ku tinggalkan di HATTM

Sebelum meninggalkan hospital ini sempat saya merakamkan tanda nama saya pada pintu pejabat saya. Pintu pejabat yang sering diketuk oleh rakan-rakan sekerja dan sesiapa sahaja yang berhajat untuk mendapatkan nasihat atau mencurahkan isi hati masing-masing. Pintu ini nampaknya akan terus tertutup selagi Pegawai Tadbir Awam (PTA) yang baru tidak melaporkan diri.

Ini pulak adalah tanda nama saya dalam kumpulan pengurusan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, mungkin kini nama saya telah dicabut keluar kerana saya sudah tiada di hospital dan kini ianya hanya mampu menghiasi blog ini sahaja. Bagi saya ianya hanya tinggal kenangan sahaja, Dan tanda nama ini menunjukkan bahawa saya pernah memberikan perkhidmatan di hospital ini, walau pun mungkin jasaku tidak seberapa. Kini saya bersedia untuk menaburkan jasa saya di pejabat baru. Umpama kata pepatah yang saya reka sendiri "di mana bertapak, maka di situlah kita berumah" maknanya di mana kita di tempatkan atau berada maka di situlah kita menetap dan berusaha. Ok tak perumpamaan saya.

3 comments:

Anonymous said...

Tmpang tanya... sign dpn pintu bilik tu beli kat mana??? Email aril065461@yahoo.com

Anonymous said...

sy pun nak tahu sign bulat tu beli kat mana...email... cikgumzz@yahoo.com

Unknown said...

Tanda tu diuruskan oleh staf MinDef semasa kami dalam program 5S. Kalau tidak silap saya mereka gunakan CD lama dan cetakkan tanda keluar masuk atas CD tu. Kedai di mana mereka buat saya tak pasti pula. Maaf ya