DZIKIR KALIMAT TAUHID:~ لَا إِلَــهَ إِلَّا اللهُ
Abu Dzar Al-Ghifari رضي الله عنه menuturkan; Kekasihku Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ قَالَ لَا إِلَــهَ إِلَّا اللهُ ثُمَّ مَاتَ عَلَى ذَلِكَ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةِ، وَإِنْ
زَنَ وَإِنْ سَرَقَ وَإِنْ زَنَ وَإِنْ سَرَقَ وَإِنْ زَنَ وَإِنْ سَرَقَ رغْمِ أَنْفِ أَبِي ذَرِّ
"Tidak seorang pun yang mengucapkan 'La ilaha illa Allah' lalu mati dengan keyakinan itu, kecuali dia masuk syurga, sekalipun dia telah berzina dan sekalipun dia telah mencuri, sekalipun dia telah berzina dan sekalipun dia telah mencuri, sekalipun dia telah berzina dan sekalipun dia telah mencuri, dan sekalipun Ab Dzar tidak setuju". >: Ahmad dan Ibnu Maja dpa Abu Dzar رضي الله عنه.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Barangsiapa mengucapkan 'La ilaha illa Allah La syarikalah (Tiada Tuhan selain Allah Yg Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya), maka dia pasti masuk syurga"
Maka, bertanyalah Abu Ad-Darda رضي الله عنه, "Sekalipun dia berzina? Sekalipun dia mencuri?".
Jawab Rasulullah صلى الله عليه وسلم "Sekalipun dia berzina, dan sekalipun dia mencuri".
Abu Ad-Darda رضي الله عنه, mengulangi pertanyaannya "Sekalipun dia berzina? Sekalipun dia mencuri?".
Rasulullah صلى الله عليه وسلم penyandang akhlak yg luhur itu tetap menjawab "Sekalipun dia berzina, dan sekalipun dia mencuri".
Untuk ketiga kalinya Abu Ad-Darda mengulangi pertanyaannya, "Sekalipun dia berzina? Sekalipun dia mencuri?".
Rasulullah صلى الله عليه وسلم yg tdk pernah berkata-kata menurut hawa nafsunya itu menjawab, "Sekalipun dia berzina, dan sekalipun dia mencuri, sekalipun Abu Darda' tdk setuju".".
Abu Ad-Darda' pun hendak keluar memberitahu hal itu kpd orang-orang, namun dihalang oleh Umar seraya berkata, "Kembalilah! Kalau orang-orang itu tahu hal ini, mereka hanya akan mengandalkan kalimat tahuid itu saja".
Maka, Abu Ad-Darda' pun kembali lagi utk menanyakan hal itu kepada Nabi صلى الله عليه وسلم. Maka beliau bersabda. "Benarlah Umar"
(Hadith riwayat Imam Ahmad dlm Al-Musnad)
: Dpd Abu Hudzaifah رضي الله عنه , bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
مَنْ قَالَ لَا إِلَــهَ إِلَّا اللهُ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ صَامَ يَوْمً اابْتِغَاءَ
وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
"Barangsiapa mengucapkan 'La ilaha illa Allah' dgn menginginkan ridha Allah, dia akan dicap dengan kalimat itu, lalu masuk syurga. Barangsiapa berpuasa satu hari dengan menginginkan ridha Allah, dia akan dicap dengan puasa itu, lalu masuk syurga. Dan, barangsiapa mengeluarkan suatu shadaqah dengan menginginkan ridha Allah, dia akan dicap dengan shadaqah itu, lalu masuk syurga". >: Ahmad dlm Al-Musnad.
~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~
No comments:
Post a Comment