Mujahadah ertinya bersungguh-sungguh di jalan Allah سبحانه تَعَلىٰ tanpa menghiraukan perasan takut dan gentar yang datang menjelma. Mujahadah ini juga membawa pengertian mengetepikan perasan malas di dalam meneruskan bahtera perjuangan akibat dibuai oleh perasaan hawa nafsu atau kecenderungan hati terhadap habuan duniawi. Apabila kita dilanda oleh perasan sebegini, hendaklah dibuang secepat mungkin perasaan tersebut dan sebaik-baiknya kita cuba mewajibkan ke atas diri kita untuk terus bersemangat di dalam setiap tindakan bagi meninggikan kalimah 'ILAHI'.
: قَالَ اللهُ سبحانه تَعَلىٰ
وَالَّذِيـنَ جَـاهَدُوا فِينَـا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَـا وَإِنَّ اللَّهَ لَـمَعَ الْمُحْسِنِيـنَ
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik". >: Ayat 69: سورة العنكبوت
Setiap individu muslim yang ingin mencari keredhaan Allah سبحانه تَعَلىٰ. mestilah meneruskan program mujahadah ini di dalam setiap sifat kehidupan yang ditempuhnya, kerana ianya boleh mewujudkan sifat-sifat keberanian pada diri seseorang, di samping menunjukkan watak kesungguhan dalam program ibadat. Marilah kita lihat contoh tauladan yg ditunjukkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam amal ibadahnya, baginda bangun pada waktu malam untuk mendirikan solat dan oleh kerana terlalu lama berdiri, menyebabkan kaki baginda bengkak, lalu Asiyah رضي الله عنه bertanya:
لِـمَ تَصْنَعْ وَقَدْ غَفَـرَ اللهُ لَكَ مَا تَقَـدَّمَ مِنْ نَنْبِكَ وَمَا تَأَخّـرَ؟
"Mengapa kamu lakukan ini semua, sedangkan Allah telah berjanji mengampuni dosamu yg lalu dan yang akan datang".
Lalu baginda صلى الله عليه وسلم menjawab:
أَفَـلَا أَكُـوْنَ عَبْـدًا شُـكُوْرًا
"Tidakkah aku adalah seorang hamba yang sentiasa bersyukur?". >: Bukhari & Muslim
Mujahadah juga merupakan perjuangan untuk melatih diri terus bersungguh-sungguh di dalam membina ruang ibadat kepada Allah, di samping melahirkan perasan syukur terhadap kekuatan yang dikurniakan oleh Allah سبحانه تَعَلىٰ.
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
عَـلَيْكُمْ مِنَ الْأَعْمَـالِ مَا تَطِيقُوْنَ فَـوَاللهِ لَا يَمِلُّ اللهُ حَتَّى تَمِلُّـوْا
"Hendaklah kamu beramal dengan amalan-amalan yg kamu mampu lakukan, demi Allah! Allah tidak akan jemu (menerima amalanmu) sehingga kamu sendiri yang merasa jemu". >: Bukhari & Muslim
Abu Said Al-Khudri رضي الله عنه pernah meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
أَفْضَـلُ الْجِهَـادِ كَاِمَـةُ عَـدْلٍ عِنْـدَ سُلْطَـانِ جَائِرٍ
"Sebaik-baik jihad ialah perkataan yg adil dihadapan pemerintah yg zalim". >: At-Tirmidzi
~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~
No comments:
Post a Comment