11 November 2011

PERASAAN MALU

Macam juga post sebelum ini, ilmu ini saya pinjam dari Albanna Mutiara Ilmu. Mengikutnya Abu Sa'id Khudri رضي الله عنه meriwayatkan bahawa:

كَانَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَشَدَّ حَيَاءً مِنَ الْعَذْرَاءِ فِي

خَدْرِهَا وَكَانَ إِذَا كَرِهَ شَيْئًا عَرَفْنَاهُ فِى وَجْهِهِ

"Sifat malu silu Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengatasi sifat seorang gadis sunti yang berada di sebalik purdah. Jika baginda tidak menyukai sesuatu kami dapat mengenalinya melalui wajahnya: di sebalik sifat pemalunya yang bersangatan, baginda tidak suka menyatakan sesuatu yang baginda tidak suka"

Malu itu ialah kelakuan untuk menunjuk dan menjauhkan perkara yang buruk, dan untuk menjaga diri supaya tidak mencuaikan hak orang tua, serta menarik kepada memberikan hak kepada semua orang yang berhak. Sebab itulah, ada sebuah riwayat daripada Al-Bukhari dan Muslim, yang mengutipnya dari Imran bin Hushain yang bermaksud adalah sifat malu itu semuanya baik.

Bukti yg menunjukkan kelebihan sifat malu itu, ialah dari apa yang diriwayatkan oleh Ath-Thabarani daripada Siti Aisyah رضي الله عنه katanya: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

يَاعَائِشَةُ، لَوْ كَانَ الْحَيَاءُ رَجُلًا، لَكَانَ رَجُلًا صَالِحًا، وَلَوْ كَانَ الْفُحْشُ رَجَلًا، لَكَانَ رَجُلَ سُوْءٍ

"Wahai Aisyah! Kiranya sifat malu umpama manusia, niscaya dia telah menjadi seorang yang salih. Dan kiranya kecurangan itu umpama seorang manusia, niscaya dia menjadi seorang yang jahat".

Ibnu Maja dan At-Tirmidzi telah meriwayatkan daripada Anas رضي الله عنه katanya: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

مَاكَانَ الْفُحْشُ فِيْ شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ، وَمَاكَانَ الْحَيَاءُ فِيْ شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ

Tiada sesuatu yang disentuh oleh kecurangan, melainkan dia merosakkannya. Dan tiada sesuatu yang dicampuri oleh sifat malu, melainkan dia memperbaikinya.

Malik dan Ibnu Majah juga telah meriwayatkan daripada Zaid bin Talha bin Rukanah, dirafakkannya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم. Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

إِنَّ لِكُـلِّ دِيْـنٍ خُـلُقًا، وَخُلـُقُ الْإِسْـلَامِ الْحَيَـاءُ

"Setiap agama ada kelakuannya, dan kelakuan Islam itu sifat malu".

Al-Bukhari dan Muslim tlh meriwayatkan sebuah Hadith dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

وَالْحَيَـاءُ شُـعْبَـةٌ مِـنَ الْإِيْمَـان

"Dan sifat malu itu adalah suatu cabang dari Iman".

Sesudah merenungkan semua pertunjuk Nabi صلى الله عليه وسلم tentang keutamaan sifat malu itu, maka tiada hairan lagi kiranya kita lihat anak-anak para sahabat semuanya telah terlengkap dgn kelakuan-kelakuan yang murni ini, dan kesan-kesan akhlak itu ternyata dengan jelas di hadapan orang-orang yang lebih tua dari mereka, ataupun yang lebih berilmu dari mereka.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan lagi daripada Abu Said رضي الله عنه katanya: "Pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم aku masih anak kecil lagi. Aku sering menghafal sesuatu daripadanya. Tiada sesuatu pun yang menghalang aku dari berbicara dengannya, melainkan jika ada di sana orang-orang yang lebih tua dariku".

~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~

No comments: