16 November 2011

Good Bye JCY 2600

Tahun ini saya terpaksa melepaskan kereta saya ini untuk dimiliki oleh orang lain. Walaupun saya sayang padanya tetapi saya terpaksa membuat keputusan yang rasional bagi membolehkan saya memiliki sebuah kereta baru. Tak sanggup rasanya untuk memiliki sehingga 3 buah kereta. Road-tas dan insuran kereta ini setahun hampir RM 2 ribu, ditambah dengan kereta Wira yang sedang saya gunakan ini. Kereta ini memang sedap dipanu terutamanya semasa berjalan jauh, semasa di MinDef, kereta ini sering kali menemani saya apabila saya terpaksa ke Lumut untuk bermesyuarat, kalau dulu boleh dikatakan setiap bulan atau 2 bulan sekali saya akan ke Lumut.

Satu lagi kereta ini terpaksa saya selimutkan setiap hari atau terpaksa meletak kotak tebal di atasnya, kerana kucing-kucing sangat suka duduk dan tidur di atasnya. Disebabkan warnanya yang berkilat, bulu dan tapak kucing sangat jelas terlekat di atas kereta ini. Kalau saya banyak duit, kereta jenis ini memang menjadi pilihan utama saya.

No comments: