14 November 2011

Pandangan Masa Kerja Guru

Saya menjangkakan ramai yang tidak membaca maklum balas daripada facebook KPPA. Di bawah ini saya pindahkan perbincangan mengenai isu masa bekerja para-para guru yang dalam cadangan untuk dilaksanakan. Sangat penting bagi guru-guru, jadi majukan maklum balas ke facebook KPPA sekarang.

Berita Minggu hari ini dah melaporkan tentang kegundahan para golongan pendidik kerana Kerajaan bercadang melaksanakan tempoh tugas sembilan jam sehari sepertimana perkhidmatan awam yang lain. Projek rintis dicadang untuk dilaksanakan mulai Januari 2012. NUTP dah menyuarakan pandangannya. Apa pula pandangan anda.

A'kum YBhg Tan Sri. Dalam keluarga saya ada 3 orang guru. Tugas ketiga-tiga mereka nampak berlainan sekali. Adik bungsu saya guru di Tampin saya lihat tugasnya terlalu banyak sehinggakan hari Sabtu dan Minggu juga dia bertugas. Seorang guru yang sangat aktif dan memegang tanggungjawab sebagai guru coco dan penyelia asrama. Kerana dia memang minat jadi guru sejak kecil maka pada dia tugas itu tidak jadi masalah dan saya lihat tugasnya untuk sekolah melebihi 45 jam seminggu. Manakala seorang lagi, guru BI lebih relax dan bertugas sekali sekala sahaja pada waktu cuti sekolah begitu juga dengan seorang lagi adik saya yang bertanggungjawab sebagai Guru Penyelia petang masih ada lagi masa untuk keluarga. Saya rasa kita kena mengkaji dengan lebih detail dan mendalam lagi tanggungjawab guru. Tanggungjawab utama mereka bukan sekadar mengajar sebaliknya banyak lagi tanggungjawab lain kerana untuk menghasilkan pemimpin yang berkualiti pada masa yang akan datang perlu dirancana dan dilaksanakan pelbagai aktiviti yang dapat menjadikan mereka betul-betul pemimpin yang berkualiti serta mempunyai jati diri yang kukuh dan teguh, yang mempunyai kekuatan dari segi ilmu agama, kemanusiaan dan teknologi. Bagi mereka yang betul-betul menjalankan tugas - banyak betul tanggungjawab mereka.
12 hours ago · Like · 4

Satu lagi saya nak tambah.... harap kawan-kawan guru jangan marah kalau membacanya. Saya lihat ramai betul rakan-rakan guru yang dah banyak pengalaman melakukan kerja selain dari mengajar. Apa yang saya maksudkan apabila mereka ditugaskan di Jabatan-jabatan Pelajaran, kebanyakan mereka adalah guru-guru yang cemerlang dan guru sebeginilah yang kita perlukan bagi memastikan hasrat untuk melahirkan peimpin-pemimpin negara. Kalau mereka berada di tempat yang bukan 'core business' mereka - sayang sangat. Sepatutnya mereka dijadikan mentor bagi guru-guru baru terutamanya yang hampir-hampir hilang semangat terutamanya yang ditugaskan di kawasan pendalaman. Kalau disebabkan oleh peluang kenaikan pangkat tiada di sekolah, maka JPA perlu mengkaji semula supaya kepakaran mereka tidak hilang begitu sahaja. Manakal tugas-tugas di jabatan yang lebih kepada tugas-tugas pentadbiran, perolehan, pembangunan, perjawatan dan sebagainya boleh diserahkan kepada yang pakar.
12 hours ago · Like · 2

Cadangan ini secara umumnya boleh diterima, tetapi Kerajaan perlu menkaji secara mendalam dan melihat isu ini secara holistik, maksudnya isu ini tidak boleh dilihat mengikut kawasan sahaja. Sebagai contoh di Kuala Lumpur, guru-guru sudah tidak mengadakan kelas tambahan secara percuma, tetapi kelas tambahan ini masih perlu diadakan di bandar-bandar atau kampog-kampong kecil kerana rata-rata ibu bapa tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tution.

Banyak lagi isu yang remeh temeh perlu juga dilihat. Saya serahkan kepada guru-guru yang lebih memahami akan tugas masing-masing.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau guru-guru mengeluh, komplen kerja mereka bukan sekadar di sekolah, apa mereka ingat orang lain tak perlu bawa balik kerja ke rumah ke? Guru-guru sekarang sikit kasi banyak minta. Jangan marah ya... Katanya sibuk, tapi buat kelas tuisyen berbayar tak sibuk pula...Pelajar-pelajar sekarang pula sekadar cemerlang atas kertas. Sebabnya sebahagian guru dah mula berkira, tak ikhlas mencurah ilmu.

Unknown said...

Saya suka melihat isu ini secara menyeluruh, guru-guru juga macam penjawat awam yang lain juga ada yang sangat berdidikasi dan ada juga yang bekerja hanya melepaskan batuk di tangga. Tetapi ada juga sekolah yang memang ramai murid sedikit gur dan ada yang ramai guru tetapi sedikit murid. Sebelum sesuatu perkara itu dilaksanakan apa salahnya kalau JPS mendapatkan pandangan dari guru-guru untuk melihat isu ini dengan lebih jelas lagi. Saya yang bukan dari kalangan guru rasa bimbang dan kasihan kepada guru-guru yang menjadi sandara murid untuk berjaya. Takut-takut mereka kecewa nanti, tetapi sekiranya mereka nanti doleh mendapat kemudahan seperti penjawat awam sekarang ini seperti elaun lebih masa, cuti dan sebagainya... apa salahnya.

Saya sendiri dah lama dan lebih suka menyempurnakan kerja-kerja saya di rumah kerana hasilnya selalunya lebih sempurna jika dibandingkan di pejabat yang banyak tugas dan mesyuarat lain yang perlu diberi masa dan perhatian.