Kami makan malam di Orchid Food Corner - gerai ini terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami. Rasanya pemiliknya adalah seorang peniaga daripada Kelantan kerana hampir kesemua pekerjanya bercakap dengan dialik Bahasa Melayu Kelantan. Macam-macam ada dijual di sini. Malam ini kami memesan makanan yang agak berat, maklumkan cuaca kan sejuk jadi kena makan berat sikit supaya badan boleh menjana tenaga yang lebih.
Main course kami adalah steam-boat, manakala side dish adalah nasi goreng dan nasi goreng pataya - biasalah Ammar memang sangat gemarkan nasi goreng pataya. Ain sibuk menghidangkan steam-boat kepada kami.
Emak kata dia nak makan steam-boat sahaja, jadi mak tidak memesan makanan lain. Disebabkan kelaparan saya dah memulakan menjamu selera dengan nasi goreng pedas - dan memangnya nasi goreng tu sangat pedas. Lagi pedas lagi sedap.....
Inilah steam-boat kami dengan 2 jenis sop, iaitu sop tomyam dan sop biasa. Sama-sama sedang menunggu makanan masak ..... sementara itu hujan dah mula turun dan menjadikan perut kami semakin lapar..
Shima dan Ain sedang rancak berbual selepas habis menikmati makanan. Memandangkan hujan semakin lebat, akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik dalam hujan yang lebat itu. Nasib baik bawa 1 kereta jadinya Shima yang kena hujan kerana terpaksa berlari ke kereta dan menjemput kami di hadapan gerai. Kesian dia.....
No comments:
Post a Comment