Kepada muslimin muslimat saudaraku, jika saya katakan bahawa sedekah adalah punca rezeki, jika kita berfikir secara lojik mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya tadi. Kerana bersedekah adalah kita memberi apa yang kita ada kepada orang lain. Jika dalam mathematik dunia (konvensional) bolehlah saya contohkan sebagai di bawah:
10 diberikan 1 kepada seseorang, yang tinggal pada kita adalah 9. Mengikut mathematik ini apa yang kita punya menjadi berkurangan. Manusia takut betul kepada kekurangan, kerana itulah sememangnya sifat manusia yang selalu tamak dan selalu inginkan kepada yang lebih banyak. Kalau beginilah mathematik yang kita belajar dari kecil hingga dewasa maka memanglah semakin kurang orang muslim akan terus memberi/ bersedekah.
Sepatutnya kita harus memberitahu anak-anak kita bahawa mathematik orang Islam atau mathematik syurga formulanya sangat berbeza, kunci utama kepada mathematik ini adalah bertambahnya rezeki di dunia dan di akhirat. Sebagai contoh jika kita bersedekah 1 kuantiti, maka kita tidak pernah hilang 1 itu, malahan bakinya akan bertambah; 10 - 1 = 19. Jika kita ada 10 dan kita sedekah 1 dengan ikhlas dan kerana Allah maka baki yang ada pada kita adalah 19 dan bukannya 9. Teman-teman tahu bagaimana bakinya menjadi 19?. Allah pernah berjanji bahawa setiap 1 yang kita sedekahkan kerana Dia, maka Allah akan menggantikan dengan 10, jadi baki 9 dicampurkan 10 maka menjadikan baki 19. Adakalanya apabila kita memberi/ bersedekah Allah memberikan kembali kepada kita lebih dari 10 kadang kala sehingga 70 dikembali setiap 1 kita memberi/ bersedekah - untung kan??? Percayalah akan kata-kata Allah swt.
Rasulullah Saw. bersabda: Bila engkau ingin dicintai Allah, takutlah kepada-Nya dan bertakwalah. Bila engkau ingin dicintai para makhluk, berbuat baiklah kepada mereka dan jangan berharap sesuatu dari yang mereka miliki. Bila engkau ingin diperkaya dalam harta, maka zakatilah harta bendamu. Bila engkau ingin disehatkan badanmu, maka perbanyaklah sedekahmu. Bila engkau ingin diperpanjang umurmu, maka bersilaturrahmilah kepada kaum kerabatmu. Bila engkau ingin dikumpulkan bersamaku di padang mahsyar, maka perpanjanglah sujudmu kepada Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa.
Wahai teman sebenarnya apa yang kita ada adalah hakNya, kita hanya memiliki buat sementara sahaja. Jika Allah bermurah hati kepada kita dengan memberikan apa sahaja kepada kita, tidak bolehkah kita juga bermurah hati kepada manusia yang lain. Pernahkah teman-teman berjumpa dengan orang yang menjadi miskin kerana bersedekah di jalan Allah... jawapannya memang tidak ada.
Oleh itu jika teman-teman ingin amenjadi kaya, mulia dan bahagia, cuba-cubalah perbanyaklah sedekah yang ikhlas kerana Allah.
Waallahualam
No comments:
Post a Comment