Bismillahirahmanirahim.
(Artikel ini saya sediakan untuk menasihati diri sendiri dan sesiapa yang sudi)
(Artikel ini saya sediakan untuk menasihati diri sendiri dan sesiapa yang sudi)
Wahai diriku dan kepada kawan-kawan yang beragama Islam mestinya masih ingat lagi dengan ayat Al Quran Surah ke 103, iaitu Surah Al-Asr. Melalui surah ini Allah bersumpah "Demi masa bahawa kita manusia sesungguhnya dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran". Menunjukkan betapa pentingannya masa Perkhidmatan Awam melalui Tonggak 12 meletakkan menghargai masa di awal tonggak tersebut.
Malahan pepatah orang tua-tua ada berkata bahawa "masa itu emas", tetapi bagi saya masa itu lebih bernilai dari emas kerana kehilangan masa tidak mungkin akan dapat diganti semula walaupun dengan sekilo emas. Oleh itu apabila kehilangan 1 minit tiada minit lain yang dapat diganti. Bukan mudah untuk menjaga masa....., namun begitu ada caranya untuk kita menghargai/ menjaga masa. Di bawah saya senaraikan antara caranya;
1. Membuat perancangan/ jadual terlebih dahulu. Bagi teman-teman yang suka bershoping, sekiranya tiada jadual atau senarai barangan yang hendak dibeli alamatnya akan berjam-jamlah kita berlegar-legar di dalam Mall. Itu yang membuatkan solat terlepas dan tertinggal;
2. Bagi seseorang penjawat awam atau pekerja memelihara masa patut dijadikan peraturan utama. Penggunaan masa terutamanya dalam waktu bekerja kerana gaji dibayar mengikut masa tersebut serta dibimbangi gaji yang kita terima terkeluar dari kehalalannya.
3. Cuba kira masa produktiviti dan keberkesanan hasil sesebuah tugasan, adakah ianya setimpal dengan gaji yang kita terima? adakah tugasan yang kita lakukan terlibat dengan sikap berlengah-lengah atau sambil lewa. Kita harus untuk sentiasa berusaha ke arah meningkatkan mutu kerja dan keberhasilan.
4. Tentukan tarikh sasaran tugasan untuk diselesaikan. Saya menggunakan perisian Outlook bagi mengingatkan saya bagi melaksanakan sesuatu tugas.
Wallahualam.......
No comments:
Post a Comment