Bagi muslim Al Quran adalah merupakan kitab yang menjadi pegangan dan panduan dalam melayari kehidupan di dunia ini. Di dalam Al Quran pelbagai manfaat disediakan oleh penciptanya, manusia hanya perlu mencari sahaja. Melalui rakan-rakan, guru-guru dan pembacaan, di bawah ini saya senaraikan beberapa surah yang boleh digunakan dalam kehidupan harian sama ada sebagai ubat maupun sebagai tangkal:
1. Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. ۞
2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. ۞
3. Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. ۞
4. Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. ۞
5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. ۞
6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. ۞
7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. ۞
8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq dan surah yang disamakan dengan sepertiga Al-Quran. Apabila dibaca bersama Surah Al-Falq dan An-Nas boleh dijadikan pendinding semasa tidur. ۞
9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki dan sihir manusia dan syaitan. ۞
10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was dan membenteng kita dari bisikan syaitan yang direjam.۞
Di dalam Al Quran juga terdapat ayat-ayat yang sangat berkuasa untuk menangani syaitan dan kaum kerabatnya, kerana ayat-ayat ini menjadi pembakar kepada syaitan-syaitan ini, berikut adalah reaksi syaitan apabila seseorang itu berkomunikasi dengan Al Quran.
1. Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... ۞
2. Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ۞
3. Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. ۞
4. Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ۞
5. Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke dan tidak dapat bangkit. ۞
6. Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. ۞
Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'
Oleh itu sebar-sebarkan info ini Wahai SaudaraKu~ Jangan kita malas dan mengalah….ini mungkin menjadi setitik amal jariah yang bakal terhimpun menjadi telaga di akhirat nanti......insyaallah
No comments:
Post a Comment