09 November 2012

Hari Ulang tahun Kelahiran Ayah. Kalau Ayah Masih Ada

Kalau ayah saya masih ada hingga sekarang, maka hari ini umur ayah adalah 76 tahun, tetapi Allah lebih menyayangi ayah di mana ayah telah dijemput kembali kepadaNya hampir 4 tahun lepas. Walaupun ayah dah tiada tetapi setiap masa kami sentiasa mengingati ayah. Kini hanya doa kami sahaja yang menemani ayah setiap hari. Semoga ayah sentiasa di dalam lindungan Allah dan ditempatkan di dalam kalangan orang soleh dan dikasihi Allah. Ayah berehatlah di sana dan kami akan hantarkan hadiah setiap hari kepada ayah.

Foto ini diambil semasa kami sekeluarga mengadakan Hari Keluarga di PD Golf and Country Club. Ayah dan kami semua sudah siap sedia untuk menikmati sarapan pagi di mana kami sempat ambil gambar ayah. Kini semua gambar ayah menjadi harta yang tidak ternilai untuk kami semua.

4 comments:

Azmee Hj Ahmad said...

Moga ayah aman di taman syurga... al-fatehah untuk ayah...

Azmee Hj Ahmad said...

Moga ayah sentiasa aman di taman syurga Allah... ameen

Azmee Hj Ahmad said...

Moga ayah aman di taman syurga Allah... ameen

Azmee Hj Ahmad said...

Moga ayah aman di taman syurga... al-fatehah untuk ayah...