Lebih kurang jam 9.30 pagi tadi saya memandu dengan tidak selesa ke Klinik Sentosa, sebuah klinik swasta yang biasa saya pergi apabila saya kurang yakin memandu ke Hospital/ Klinik Kerajaan, jauhnya lebih kurang 1.5 km sahaja. Pemanduan saya hari cukup mudah dengan izin Allah - tidak banyak kenderaan di atas jalan raya dan parkir di hadapan klinik tersebut.
Semasa saya tiba hanya tinggal seorang sahaja pesakit yang masih menunggu untuk berjumpa dengan doktor, jadi saya tidaklah tunggu lama. Doktor memaklumkan bahawa memang ada ketumbuhan kecil di sebelah dalam kelopak mata atas dan dia cuba untuk keluarkan nanah tetapi sukar kerana saya tidak tahan dengan rasa sakit. Jadi doktor hanya memberikan saya pelbagai jenis ubat. Di samping ubat saya juga diberikan Sijil Sakit selama 2 hari, iaitu hari ini dan esok.
Ini dia ubat yang dimaksudkan 4 jenis untuk makan, satu ubat tube untuk malam hari dan ubat titis mata setiap 4 jam.
Apabila kita diuji dengan sakit, maka wajib kita mencari ubatnya... kini ramai doktor yang mampu mengubat kita, tetapi kesembuhannya hanya pada Allah di samping makan ubat doalah yang paling mujarab kerana ubat tidak akan bermakna tanpa doa. Itulah kepercayaan saya dan saya jangkakan itulah sepatutnya akidah kita. Mana ada dalam dunia ini yang lebih berkuasa dari Allah rabul jalil. Jadi kawan-kawan pun doakan lah saya cepat sembuh.. Ameen
No comments:
Post a Comment