Sempena Bulan Integriti bagi negara saya, saya ingin mencoretkan artikel ringkas mengenai amanah dan integriti. Semua nilai-nilai murni yang ada pada diri setiap manusia adalah kejadian fitrah oleh Allah. Allah menjadikan manusia dengan sifat terbaik, oleh itu manusia adalah jadian yang paling sempurna di alam semesta ini. Setelah dilahirkan di dunia ini, Allah mengirim bersama 'fikiran', 'iman' dan 'nafsu' untuk menguji dan membentengi seseorang itu.
Insan di dunia hidup dan dikenali dengan sifat-sifat yang dijana bersma dengan fikiran, iman dan nafsu. Jika seseorang itu hidup dengan landasan fikiran dan iman maka terselamatlah dia tetapi sebaliknya jika seseorang itu hidup mengikut nafsu maka amat celakalah hidupnya. Kita boleh umpamakan insan yang hidup tidak di atas landasan mereka umpamakan pokok yang tidak berdaun hanya yang ada dahan-dahan yang tidak mampu menjadi perlindungan untuk insan maupun haiwan.
Yang sebenarnya bukanlah begitu sukar untuk hidup secara bersih, jujur, amanah dan berintegriti, modalnya hanya satu iaitu memiliki seketul hati yang baik dan ikhlas serta jiwa yang murni. Maka dari itu lahirlah setiap perbuatan, keputusan dan tindakan penuh dengan kemurnian budi, ikhlas, adil dan saksama. Insan sebegini akan sentiasa mentaati undang-undang penciptanya dan undang-undang dunia di mana dia bermastautin. Hasil dari tindakan insan ini maka mereka diberi lebel seperti boleh dipercayai, berintegriti dan mempunyai akauntabiliti.
Antara amalan-amalan terpuji yang menjadi pegangan insan-insan jenis ini adalah adil, saksama dan tidak pilih kasih, ikhlas, boleh diharap dan dipercayai, menjaga kepentingan harta benda awam, Oleh yang demikian sempenan bulan baik ini saya menyeru diri saya, sanak saudara dan semua sahabat-sahabat saya untuk mendidik diri menjadi insan berintegriti.
Sekian dari saya, terima kasih..
No comments:
Post a Comment