Beberapa jam selepas kami memasuki appartment, datang seekor kucing yang sangat jinak. Dia mengeow tak henti-henti. Rasanya kucing ini kelaparan maka kami berikan dia makan keropok ikan... itu sahaja yang ada.... Kucing ini mengeow macam bunyi kucing jantan tetapi rupanya dia betina... lalu saya namakan dia Betty.
Mulanya Betty tak hendak makan keropok yang diberikan, tetapi selepas dihidu-hidu beberapa kali dan mencubanya lalu dia makan juga dan akhirnya dia minta lagi.... sahlah kucing ini memang lapar jadi kami bagilah baki keropok yang ada.
Selepas makan Betty mula suka duduk dengan kami dan foto di atas menunjukkan Betty duduk dengan nyaman bersama dengan Ammar.
Inilah rupa Betty... taklah cute sangat sebab muka dia nampak garang tetapi boleh tahan manjanya. itu dia tunjuk mukalah tu... biar orang kesian.
Betty sedang sun bath di koridor appartment kami. Betty bersih dan bulu dia nampak terjaga... rasanya dia ada tuan, mungkin tuan dia balik kampong sempena cuti sekolah... jadi Betty berjalan-jalan cari kawan dan makanan...
Betty dengan post dia yang menawan, mata dia yang biru nampak comel juga. Apakah nasibnya Betty kini harap-harap ada insan yang akan bagi dia sedikit makanan atau mungkin tuan dia dah balik ke CH.
No comments:
Post a Comment