Saya bersama dengan Sister Junaidah semasa menanti nombor di Famasi dipanggil |
Pertama saya ada appointment dengan Klinik Otopedik, kedua saya ada jadual untuk ambil sample darah dan urine di Bilik Venepuntur dan yang akhir saya ambil ubat akhir Klinik MOPD. Pagi ni HATTM ada ramai pesakit terutamanya Klinik Otopedik. Saya menjangkakan saya terpaksa berada di sini agak lama untuk menyempurnakan semua hal perubatan di atas. Dalam pada itu saya risau juga dengan keluarga yang kini berada entah di mana.
Tadi semasa keluar dari rumah kami menggunakan 2 kereta, mereka bercadang untuk ke Carrefour Wangsa Maju untuk sarapan pagi dan shopping, memandangkan jalanraya yang sesak kami terpisah, tiba di depan Tesco Ampang saya dah kehilangan mereka. Tapi saya tak bimbang sangat kerana Ain ada GPS untuk bantu mereka ke Carrefour.
Saya tiba di HATTM lebih kurang jam 8 pagi dan terus ambil nombor untuk Klinik Otopedik, untuk Bilik Vene dan hantar slip ubat ke Farmasi Pesakit Luar. Lebih kurang jam 10 pagi saya dah berada di Carrefour Wangsa Maju, menanti keluarga yang lain. Dengan ditemani oleh anak saudara saya Ammar saya mengambil breakfast di Mc Donald. Kami bertolak keluar dari Carrefour lebih kurang jam 11 pagi. Saya bersama mak ke UK Height untuk ambil petrol di Stesen Petronas, tetapi yang hairannya Petronas dan tukar menjadi Petron. Tak suka nak campr minyak saya call Ain bagi tau kami jumpa di R&R Rawang sahaja.
Bila saya call tanyakan mereka berada di mana, Ain maklumkan mereka terpaksa berpatah balik kerana Ammar tertinggal di Carrefour. Kami berkumpul di R&R Rawang jam 12 tengahari. Kemudian meneruskan perjalanan ke Cameron Highland.
No comments:
Post a Comment