Di pertengahan jalan semasa mendaki ke Cameron Highland (CH) tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Inilah yang buat saya jadi gelisah dan tidak selesa kerana terpaksa memandu dalam hujan lebat lebih-lebih lagi di atas jalan raya yang asing. Daripada cuaca yang panas terik tiba-tiba bertukar kepada cuaca yang gelap dan limpahan air hujan yang lebat menjadikan pemandangan seseorang menjadi kurang tepat ... itulah kekuatan dan kelemahan mata saya.
Lihatlah di samping hujan yang lebat, kabus juga mula terbentuk. Hanya doa sahaja yang kami pohon dari Illahi supaya kami diselamatkan dalam perjalanan ini. Nasib kami juga dikongsi dengan beberapa pelancung lain - disebabkan terdapat beberapa kenderaan di belakang kami, rasa bimbang berkurangan kerana sekiranya berlaku sesuatau harap-harap ada yang bermurah hati untuk membantu.
Hujan agak lama juga dan mata saya sudah mula penat, pedih dan berair... saya memang menghadapi masaalah kesilauan yang tinggi, apabila cahaya kenderaan di hadapan menyuluh dengan percikan air hujan menjadikan fokus mata saya tidak tepat.
Hampir tiba di atas, kelihatan air turun dari lereng bukit dengan deras, mula-mula air yang turun air itu jernih jadi mak saya berjenaka dengan berkata dapatlah cuci kereta percuma... tetapi hampir tiba di atas, air yang turun dah bertukar warna kepada teh susu yang pekat.
Lihat tu air turun seperti air terjun, keluar dari pelbagai arah. Cantik tetapi membimbangkan.
Air yang ini turun dengan deras dan saya amat bimbang takut terkena pada cermin kereta, manalah tahu jika air tersebut membawa bersama batu dan boleh pecah cermin kereta jika terkena.
Kereta semua orang jadi comot terutamanya kereta saya dan adik saya kerana kereta kami berwarna hitam dan air yang turun pula tu berwarna teh susu tarik kau kau.
No comments:
Post a Comment