Definisi Etika
Perkataan etika berasal daripada bahasa Yunani iaitu ethos, yang bermaksud watak atau adat. Etika adalah suatu cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam bidang moral, ia diungkap dalam bentuk moral seperti baik, buruk, jahat, suci, memalukan, bertanggungjawab dan sebagainya.
Etika juga juga merupakan suatu bidang dalam penyelidikan falsafah tentang kewajipan manusia serta tentang yang baik dan yang buruk. Ringkasnya, etika adalah falsafah tentang amalan dan norma-norma hidup manusia tentang amalan dan norma-norma hidup manusia [Abd Latif, 157].
Antara sikap dan sifat dalam bidang etika adalah berintegriti, berdisiplin, profesional, jujur, amanah, cekap, pro-aktif, menghargai masa, kreatif, innovatif, beriltizam, akauntabiliti, kolektif, sabar, sopan santun, berktrampilan, meningkatkan produktiviti, berdaya saing, kepimpinan dan banyak lagi. Pendek kata jika seseorang itu mempunyai etika dalam kehidupannya maka pekerjaan yang dilakukan adalah untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. itu sudah tentu.
No comments:
Post a Comment