Hampir jam 4 petang akhirnya kami tiba dengan selamatnya di Leisure Holiday (LH), rupanya penginapan LH ini duduknya di dalam kawasan Heritage Hotel, jadi tidaklah susah sangat untuk mencarinya, lagi pun Ain sebagai navigator kami sepanjang masa memegang GPSnya. Manakala saya memandu mengikut kereta Shima, dan ianya amat mudah kerana saya hanya perlu menumpukan perhatian di jalanraya sahaja.
Inilah appartment yang akan kami duduki selama sehari semalam. Blok Aster, Tangga Dahlia dan rumah No. 2, iaitu di tingkat bawah.
Sayangnya plat nombor rumah ini sudah tidak berlkilat lagi, kalau dipolish plat ini mesti cantik dan berkilat semula. Blok ini ada 4 tingkat di mana di setiap tingkat ada hanya dua pintu appartment.
Kereta kami di parkirkan di luar blok, banyak ruang kenderaan disediakan di hadapan blok appartment masing-masing, jadi kereta saya dan kereta Shima boleh diparkir sebelah menyebelah.
Shima, saya dan emak baru keluar dari kereta untuk merehatkan kaki, pinggang dan badan. Huuuuu leganya....
Masa memunggah beg ke dalam appartment. Memandangkan appartment kami di tingkat bawah jadi kami terpaksa mengangkat beg-beg kami ke dalam rumah dengan dibantu oleh Ammar dan Amir.
No comments:
Post a Comment