28 August 2012

Terima Kasih Pahlawanku


Ayah saya semasa mudanya adalah seorang anggota tentera yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Darat United Kingdom (British Army), sebagai tentera banyak kem-kem tentera yang telah kami jelajahi kerana mengikut ayah berpindah randah.

Legasinya diikuti oleh 2 orang anaknya iaitu adik saya Kdr Azman bin Haji Ahmad TLDM yang kini berkhidmat di Kementerian Pertahanan. Gambar ini gambar lama semasa beliau berpangkat Lt Kdr TLDM yang bertugas di bawah panji-panji Bangsa-Bangsa Bersatu di Etophia.

Seorang lagi adik saya yang mengikut jejak langkah ayah berbakti mempertahankan negara adalah Mej (rtd) Azmee bin Haji Ahmad. Sekarang ini adik saya ini sudah berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan pangkat akhirnya sebagai Mejar dan berkhidmat di dalam Kor Jurutera Letrik dan Jentera (JLJ) itu yang duduk atas jentera perang tu.

Saya bangga kerana di dalam keluarga saya ada beberapa orang tentera yang mempertahankan negara ini, walaupun mungkin jasa mereka kecil tetapi setidak-tidaknya telah terbukti bahawa keluarga kami dan bangsa Melayu memang bangsa yang sayangkan negara tempat tumpah darah mereka. itu pandangan saya ... oh ya... saya pun tentera juga tapi sekejap sahaja.....ikuti selepas ini....

No comments: