04 August 2012

GCH Melaka

Ini bukan kali pertama saya menginap di Grand Continental Hotel Melaka. Dulu kalau tidak silap pada tahun 2007 saya juga pernah 2 kali menginap di sini kerana menghadiri Kursus Juru Audit Dalam ISO Bahagian Perolehan kementerian Pertahanan.

Memandangkan ayah dan mak saya menetap di Melaka, saya jemput mereka menginap sama di hotel ini, apatah lagi apabila hotel ini mempunyai kolam renang - jadi menjadi kegemaran anak-anak saudara saya.

Bilik hotel ini tidak kurang selesa dengan dilengkapi beberapa peralatan asas. Disebabkan hotel ini hotel lama, jadi keluasan biliknya juga membuatkan kita lebih selesa dan mempunyai ruang untuk bersolat - saya berpengalaman mendiami hotel yang sangat sempit dan tiada ruang yang selesa untuk bersolat.

Pandangan dari pintu masuk dan mengadap ke tingkap.

No comments: