Memandangkan terdapat beberapa masalah susulan yang timbul saya telah membuat research yang lebih detail dalam masalah ini dan merumuskan bahawa persoalan puasa qadha' (puasa hutang) dan puasa sunnat boleh digabungkan sekali; ia termasuk isu khilafiah (yang diperselisihkan para fuqaha') kerana nas hadis dalam masalah ini tidak jelas.
Pandangan pertama: menggunakan perbahasan kawa-id feqah (Bahawa setiap amalan adalah dengan apa yang dia niatkan) tidak membenarkan digabungkan dua ibadah : wajib dan sunat digabungkan sekali ; dalam hal ini puasa qadha' mesti dibuat dahulu kemudian baru diikuti dengan puasa sunat seperti puasa syawal.
Contohnya jika seorang wanita ada 10 hari puasa qadha' Ramadhan. Apabila tiba syawal dia dikehendaki menyempurnakan puasa qadha' dahulu sebelum dibolehkan berpuasa sunat 6 hari syawal; dia tidak boleh berpuasa dibulan syawal dengan mengggabungkan dua niat dalam satu puasa (yakni puasa qadha' dan puasa sunat).
Pandangan kedua: membolehkan puasa sunat dan qadha' digabungkan dalam satu. Dr Wahbah azZuhaili (Fiqh Islami wa'adillatuh) menjelaskan: seseorang yang berpuasa qadha' dibulan syawal beroleh double bonus atau triple bonus yakni dia boleh pahala puasa qadha', juga pahala puasa sunat syawal sekaligus dan jika dia berpuasa pada hari isnin/ khamis; dia juga mendapat pahala sunat isnin khamis.
Ini juga pandangan Imam Nawawi dan Ibn Hazm (al-Muhalla): menurut Ibn Hazmin, nas yang menegah dari
RasuluLlah saw tidak ada apabila baginda menyuruh kita berpuasa enam supaya kita menyempurnakan puasa qadha' terlebih dahulu.
Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha' pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha'nya di bulan-bulan lain. Ini juga satu cara.
Jadi menjawab soalan susulan di atas, apakah boleh kita puasa qadha' dan puasa sunat syawal sekali gus; Jawapannya: boleh; jika menggunakan kaedah Ibn Hazm dan Wahbah Zuhaili; kita berniat puasa qadha' dalam bulan syawal dan sekaligus mendapat double bonus; dan jika puasa itu jatuh pada Isnin/khamis; layak mendapat triple bonus secara otomatik.
Sekian wasalam,
Tn Hassan Tn Lah
Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshariy ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda : Barang siapa yang puasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan syawal adalah seperti puasa setahun penuh. ( H.R : Muslim)
2 comments:
Assalam... Nak copy bleh? :-)
Boleh silakan... ilmu untuk dikongsi.
Post a Comment