Kami tiba awal di masjid, jadi dapatlah parkir yang selesa dan mudah bergerak kerana masih tidak ramai orang lagi.
Dalam masjid juga kami boleh pilih tempat yang rasa sesuai.
Saya dan Shima bersiap sedia untuk mengerjakan solat.
Alhamdulillah ramai betul warga Felda ini, ini disebabkan oleh anak-anak yang balik beraya bersama ibu-bapa masing-masing.
Emak bersalaman dan berpelukan dengan sahabat handainya yang lama tidak bersua muka.
Emak melangkah turun dari masjid setelah selesai solat dan bertemu dengan sahabatnya.
Semua yang hadir ke masjid namapk cantik dan segak termasuklah kanak-kanak.
Tuuu, hero kami dah siap sedia menunggu di kereta.
No comments:
Post a Comment