Untuk mencantik dan menceriakan Jabatan, saya mengambil tindakan untuk mengubah semua kedudukan pokok-pokok bunga sediada yang ditanam di dalam pasu. Usaha ini telah diambil sejak 2 minggu yang lepas dengan menanam semua pokok-pokok bunga keladi perhiasan yang tidak terurus. Dengan kerjasama kontraktor pembersihan yang baru, iaitu Syarikat Samusa Sdn. Bhd. usaha ini nampak berjaya.
Saya mengarahkan semua pasu-pasu bunga yang dah usang dan pokok bunganya dah terlalu tua dan uzur di kumpulkan di kawasan tangki air alat hawa dingin di sebelah kanan bangunan Duta 1. Kawasan ini saya istiharkan sebagai kawasan nursery bunga Jabatan. Sejumlah lebih kurang 15 pasu bunga sedang dibaikpulihkan.
Walau bagaimanapun pokok bunga baru dan bewarna-warna perlu dibeli, saya dengan ditemani oleh hairani (Ani) ke kawasan nursery di Sungai Buluh untuk mencari pokok yang sesuai dengan bangunan jabatan kami.
Bunga ati-ati ini kalau ditanam bersama dengan bunga melata, insyallah akan kelihatan cantik Sayangnya peruntukan akan terbatas, jadi kami hanya dapat membeli 2 polly-beg bagi setiap pokok ati-ati. Diharap selepas ia membesar nanti, kami akan menanamkannya untuk menjadikan ianya lebih rapat dan lebat... tentu cantik nanti. Insyaallah....
Bunga ati-ati ini kalau ditanam bersama dengan bunga melata, insyallah akan kelihatan cantik Sayangnya peruntukan akan terbatas, jadi kami hanya dapat membeli 2 polly-beg bagi setiap pokok ati-ati. Diharap selepas ia membesar nanti, kami akan menanamkannya untuk menjadikan ianya lebih rapat dan lebat... tentu cantik nanti. Insyaallah....
Saya bercadang untuk menanam bunga ini (bunga kembang jam 10 pagi) di 2 lokasi di ruang ketibaan Jabatan bersama dengan pokok bunga ati-ati di atas. Pokok ati-ati ditanam di tengah-tengah dan pokok ini berselerakan di tepinya. Tunggulah hasilnya nanti lebih kurang 2 bulan dari sekarang.
En Hashim pemandu yang membawa kami untuk membeli beberapa jenis pokok bunga di kawasan Sungai Buluh.
Saya juga membeli sebatang pokok buah kedondong untuk di tanam di Jabatan kami. Kami juga diberikan beberapa biji buah kendondong. Pembantu kedai sedang memetik buah kendondong untuk kami.
Ani menanyang buah kendondong.
Kami mengambil keputusan untuk membeli pokok bunga ati-ati ini untuk di tanam bersama dengan pokok bunga kembang jam 10 pagi.
Ini antara pokok bunga yang kami beli.
Hampir penuh belakang van Jabatan.
No comments:
Post a Comment