Ramai daripada kita yang pernah melakukan puasa selepas dari puasa bulan Ramadan. Rupanya ada kelebihan tersendiri puasa ini. Antara kelebihan berpuasa 6 dan faedahnya :
1. Berpuasa 6 hari di bulan Syawal itu adalah untuk menyempurnakan kekurangan yang terjadi pada puasa fardhu.
2. Mengiringi puasa sesudah puasa Ramadhan itu menjadi tanda peningkatan iman dan taqwa seseorang hamba.
3. Berpuasa 6 itu sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat yang di anugerahkanNya.
4. Amalan yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan akan berterusan, tidak hanya selesai di bulan Ramadhan sahaja.
Kita juga amat digalakkan untuk menghormati bulan Syawal seperti mana kita menghormati bulan Ramadhan. Syawal bukan bererti kita bebas untuk melakukan apa sahaja. Syawal juga hendaklah di penuhi dengan pelbagai kebajikan, pelbagai aktiviti berfaedah samada untuk kita atau orang lain, di samping mengingati Allah s.w.t. Bersyukur di atas nikmat yang telah di anugerahkan kepada kita termasuk nikmat kesihatan, nikmat rezeki, nikmat dapat menjalani puasa dan menunaikan hak-hak Ramadhan dengan sempurna, sewajarnyalah segala nikmat itu kita syukuri.
Sambutan hari raya pula tidak sewajarnya di penuhi dengan melakukan perkara yang sia-sia, elakkanlah dari pembaziran walaupun dalam keadaan kita mampu, jauhi hiburan yang melalaikan, tidak mendedahkan aurat, menjaga batas dan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, elakkan dari menghadiri majlis yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya. Lakukanlah segala kegiatan hidup berdasarkan keimanan semata-mata kerana Allah dan patuhlah syariatnya. Mudah-mudahan kehidupan kita di limpahi keberkatan dan ketenangan.
Peliharalah keluarga kita, terutama anak-anak kita dari terjebak dengan gejala sosial yang akibatnya akan merosakkan kehidupan mereka, tumpukanlah jiwa mereka ke arah membina umat yang bermaruah dan lebih bertanggungjawab. Jesteru itu, marilah kita pertahankan amalan agama kita hingga akhir hayat. Berilah sokongan kepada semua pihak yang berhasrat untuk mengembalikan martabat agama, bangsa dan negara kita ke arah mencapai matlamat negara yang cemerlang serta mendapat keampunan Allah s.w.t.
Menjelang hari raya janganlah kita lupa kepada ibubapa kita, mereka yang kurang bernasib baik, warga emas, orang-orang tua yang memerlukan belaian kasih, mereka yang kurang upaya, mereka yang terlantar sakit, anak-anak yatim yang hilang tempat bermanja, ibu-ibu tunggal yang hilang tempat bergantung. Ziarahilah sanak saudara, jiran tetangga, sambil bermaaf-maafan serta eratkanlah hubungan silatulrahim antara sesama kita.
Sama-samalah kita berdoa semoga kehidupan kita di berkati Allah sw.t. Akhirnya kepada seluruh umat Islam, di ucapkan selamat menyambut Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Bermaksud : "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amalan-amalan yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang fasiq- derhaka". (AL-HASY-R:19)
Terima kepada penulis asal artikel ini.
No comments:
Post a Comment