15 August 2012

Gotong Royong Taman JPNWP 1

Pada 11 Ogos 2012 yang lalu, saya mengadakan kerja gotong-royong bersama dengan semua pekerja Kontrak Pembersihan Jabatan. Gotong-royong kali pertama ini adalah untuk mengemas dan menanam bunga di beberapa lokasi di Jabatan ini.

Antara lokasi yang dipilih adalah hadapan lobby Jabatan, kolam ikan, dan nursery bunga Jabatan. Kelihatan saya sedang menerangkan kepada mereka bagaimana untuk menyusun dan menanam pokok bunga ati-ati dan bunga kembang jam 10 pagi di hadapan lobby - kiri dan kanan. Kelihatan sama supervisor Syarikat Samusa, iaitu Encik Subandiu bin Abdul Rahman

En Kamaruddin sedang mengali lubang untuk menanam pokok kedondong. Saya berhasrat untuk menjadikan kawasan ini sebagai taman pokok buah-buahan. Pokok buah apa yang boleh ditanam di kawasan ini kerananya sedikit berbatu. Pokok cactus kot?

Masih sibuk mengali lubang, tapi kawasan tu banyak lah pulak batu kecil. Harap pokok boleh hidup subur nanti.

Gotong-royong bersihkan kolam ikan dan tanam pokok bunga baru.

3 pekerja sibuk membersihkan kawasan yang hendak ditanam pokok bunga.

Inilah akwasan yang saya jadikan nursery pokok bunga Jabatan.


No comments: