15 August 2012

Sesaknya Jalanraya Hari ini..... Subhanallah

 Hari ini, 15 Ogos 2012 kira-kira jam 4.30 petang saya bersiap sedia untuk balik ke rumah. Hujan baru sahaja teduh. Kesesakan pertama saya hadapi di kawasan perumahan Bukit Tunku... selepas melintas jejambat menuju ke jalan Dewan Bahasa Pustaka saya lihat kereta sudah tidak bergerak, lalu saya ikut Jalan Salehudin keluar dari Bank Negara.

 Masih lagi sesak, semasa melalui Jalan Kinabalu dan masuk ke Jalan Lok Yew, beratus-ratus kenderaan merangkak-rangkak. Ramai pemandu yang dah mula hilang sabar - tidak boleh melihat ruang mula mereka nak cilok.... potong memotong dan potong Q R S T U dan macam-macam lagi berlaku. Tiba di bulatan Lok Yew lagi jem... nasib saya baik sebuah lori kecil memberikan laluan.

Kesesakan terus berlaku di Taman Pertama, Cheras. Terus jam dan kenderaan bertali arus, kelajuan kereta yang boleh bergerak hanya 50 - 60 kmj. Masa inilah penunggang motor action sebab mereka lebih laju dan tiba dulu dari pemandu kereta. Apa nak buat...

 Kesesakan berterusan berlaku di bulatan Cheras dan Highway MRR2 di atasnya, tengoklah tu kenderaan di atas jejambat MRR2 tak bergerak... saya pula mengambi laluan untuk melintas bulatan ke jalan Cheras baru.

Kira-kira jam 6.32 petang saya selamat tiba di rumah... alhamdulillah

No comments: