Tahun ini adalah giliran kesemua adik-adikku dengan keluarga mereka beraya di sebelah isteri masing-masing. Ada yang beraya di Kuantan (adikku Azman dan keluarganya) dan adikku Azmee dan keluarganya di Melaka. Manakala adikku Adnan beraya bersama Rasulallah saw di Madinah selepas selesai menunaikan umrahnya.
Jadi hanya saya, Shima, Ain, Abang (Adi anak sulung Ain), Ammar - anak Shima dan Amir anak bungsu Ain yang beraya bersama emak di kampong. Walaupun tidak full strength, tapi raya kami juga tidak kurang meriahnya. Acara kami ringkas tetapi penuh erti. Acara kami bermula dengan sarapan pagi yang ringkas, kemudian seawal yang mungkin kami ke masjid untuk menunaikan sunat solat Aidil Fitri, kemudian kami beraya dengan ayah di Taman Barzakh dan balik ke rumah untuk acara maaf bermaafan dan penyerahan duit raya kepada anak-anak dan kemudian kami sambung sarapan pagi kami.
Ain bersalaman dengan saya selaku anak sulung dan Ain adalah anak bungsu dalam family saya.
Dijangkakan adik-adikku yang lain akan pulang beraya di kampog pada raya ke 2 atau ke3 nanti...
Abang (Adi) anak sulung Ain bersalaman dan bermaafan dengan emak.
Ammar pula bersalaman dengan emak.
Dan yang akhir tiba giliran Amir Ain. Selepas selesai bersalaman dengan emak tiba pula giliran anak-anak bersalaman dan bermaafan bersama kami pula.....
No comments:
Post a Comment