Siapa agaknya yang melihat saya tu.... mata tu mata seorang wanita, apa agaknya yang difikirkan - di penghujung dalam bulan Ramadhan saya agak kurang sabar dengan beberapa pekerja kontrak di pejabat saya. Saya melihat ada sahaja yang menyakitkan hati... ada sahaja yang menguji kesabaran... ada sahaja yang melakuan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang muslim. Walaupun masing-masing dah tua tetapi akal penipu, cemburu dan mengelat ada dalam diri.... mereka tidak melihat mencari rezeki dengan melakukan kerja sepatutnya sebagai satu amanah, walaupun kerap saya sindir mereka, tetapi macam tak faham sahaja... apa silapnya.... adakah Allah dah tutup pintu hari mereka untuk mendapatkan rezeki yang halal dan berkat. Entahlah..
Jadi kalau ada yang melihat saya dengan mata yang marah.... apa saya peduli.. dah pent saya nak jadi mandur dan nak ikut belakang mereka..... untuk kejutkan mereka bangun dari tidur.. tegur mereka jangan asyik berbual kosong sahaja... dan mencari mereka entah di mana mereka menyembunyikan diri dan curi-curi berehat.
Sampai bila pula saya nak kena buat kerja sebegini..... hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui....
No comments:
Post a Comment