16 August 2012

Kempen Pengukuhan Kibar Jalur Gemilang 2012

Saya diarahkan untuk menghadiri Majlis Kempen Pengukuhan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diusahakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama dengan Jawatankuasa Penyelaras Rukun tetanggan Daerah Sentul, Cheras, Brickfields dan Campbell.

Majlis diadakan di KRT Pangsapuri Fasa 3, Bandar baru Sentul.
Foto di atas, kanak-kanak yang menyertai koir mengalunkan lagu Negaraku dan Maju dan Sejahtera (lagu Wilayah Persekutuan)


Majlis ini dirasmikan oleh Datuk Bandar (DB) Kuala Lumpur - Y.Bhg. Dato' Haji Ahmad Phesal bin Haji Talib. Majlis bermula jam 5.30 petang dengan ketibaan DB dengan diiringi oleh pembawa jalur gemilang bermotor iaitu peserta Ekspedisi Marathon jalur Gemilang 2012.

Penyerahan Jalur gemilang oleh ketua Ekspedisi kepada wakil DB

Jalur Gemilang dinaikkan dengan diikuti lagu Negaraku... tiba-tiba saya rasa bersemangat dah lama saya tidak merasi semangat seperti ini selepas dari zaman persekolahan dan perbarisan pagi semasa menyertai wataniah dulu.

Antara wakil Ketua Jabatan Wilayah Persekutuan yang lain. Untuk makluman semua, majlis ini juga diteruskan sehingga ke waktu iftar dan kami dijamu dengan hidangan yang sedap-sedap.

Saya bersama rakan baru, iaitu wakil Ketua Jabatan Kastam... maaflah sahabat kita tak sempat menanyakan nama masing-masing.

Saya menwakili ketua Jabatan menerima pek Jalur Gemilang dari wakil DB

Majlis ini berjaya dan saya merakamkan syabar terutamanya kepada penduduk di kawasan ini kerana bersatu hati menjayakan majlis yang bertaraf nasional.

No comments: