19 August 2012

Selamat Aidil Fitri 1433H Dari Saya

Assalamualaikum semua sanak saudara dan sahabat-sahabatku, di sini saya ingin mengucapkan selamat menyambut kemenangan kita dengan kejayaan menyempurnakan ibadat puasa Ramadan. Ini merupakan kegembiraan yang dijanjikan oleh Allah, selain dari kegembiraan ketika kita berbuka puasa di dalam bulan Ramadan. Dan yang paling utama adalaj kegembiraan kita nanti semasa memasuki syurga melalui pintu syurga yang bernama Al-Rayyan. Sama-sama kita tunggukan.

Dikesempatan ini saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata-kata saya di dalam penulisan ini. Sesungguhnya segala kesalahan dan kekurangan tersebut adalah dari saya sendiri sementara segala kebaikan adalah datangnya dari pencipta kita iaitu Allah Rabul Jalil. Selamat bergembira dan jangan terlebih makan.

No comments: