Kerana ingin melihat bunga api yang biasa dimainkan pada setiap menjelangnya hari ulang tahun kemerdekaan atau menjelangnya thun baru, Amir anak saudara saya di Tampin bersama ibunya dan emak saya datang ke rumah saya.
Apabila hampir jam 11 malam jalan di depan rumah saya telah penuh dengan kenderaan dan orang ramai menunggu bunga api dilancarkan. Sedangkan Amir setia menunggu dengan berehat-rehat di halaman rumah.
Kenderaan dan orang ramai berbibis di tepi bukit menunggu bunga api menerangi langit KL. Malangnya sehingga jam 12.20 malam tiada apa yang menerangi langit KL kerana tiada pancaran bunga api. Kenapa tiada bunga api malam tadi???? Menjadi tanda tanya dalam hati saya kerana perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Yang paling saya kasihankan adalah anak saudara saya yang seorang ini. Hasratnya tidak tercapai, dia hanya dapat melihat bunga api kecil sahaja yang dilancarkan tetapi tidak semeriah yang sepatutnya. Tak apalah Amir, kalau ada umur, insyallah lain kali Amir ada peluang untuk menyaksikannya.
No comments:
Post a Comment