05 August 2012

Bertengkar Pun Ada Teknik - Part 1

Dalam bulan yang mulia ini, muslimin muslimat sedaya upaya menahan diri dari pelbagai tingkah laku yang nagetif. Amarah adalah salah satu dari tingkahlaku negatif tersebut. Namun begitu tidak pula bermakna muslimin dan muslimat bertindak bagaikan orang dayus dengan mendiamkan diri sahaja. Kalau kena cara kita kena juga bertindak sewajarnya untuk harga diri dan agama kita. Di bawah ada sedikit panduan untuk memperjuangkan nama baik dan keharmonian keluarga dan masyarakat.

1.   Fokus Pada Masalah

Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah. Gunakan perkataan yang sopan dan bersopan, anda juga boleh menggunakan panggilan manja kepada seseorang yang sangat rapat dengan anda. Gunakan juga perkataan yang tidak menyakitkan telinga dan hati. Percayalah ianya akan membawa masalah yang dihadapi ke ruang penyelesaian yang lebih cepat.

Antara perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Saya rasa kita tak patut buat macam ni," jangan gunakan ayat seperti "Ni semua salah engkau!"

2.   Jangan Banyak Cakap

Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah.. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara
mendalam cara untuk membetulkan keadaan.

3.   Jangan Tinggikan Suara

Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

4.   Elakkan Terlalu Emosional

Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

5.   Dengar Luahan Hati

Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri
yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

6.   Bersabar

Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
Luahkan

Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

7.   Mengalah Tidak Bererti Kalah

Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

Jumpa di sambungan seterusnya..... wasalam dan bye




No comments: