26 May 2010

Dugaan Allah Taala

Rasanya sekarang ini saya sedang diduga Allah, walaupun begitu dugaan yang diberikan itu saya jadikan sebagai semangat untuk lebih berjaya untuk hidup dihari-hari akan datang. Kata cerdik pandai dugaan itu adalah lambang Allah sayang pada kita. Mungkin juga betul kerana sebaik sahaja didatangi dugaan tersebut (saya tak nak gunakan perkataan ditimpa dugaan kerana dugaan itu sendiri adalah dari Allah) terus saya akan ingat pada Nya, mohon pada NYa minta dugaan yang diberikan itu beserta dengan penyelesaian dan kesabaran. Semoga berkat kesabaran itu nanti akan digandakan Allah dan ditambahkan pahala yang berlipat kali ganda. Amin

2 comments:

Unknown said...

Dalam kelapangan yang ada ini, saya melihat-lihat semula post saya yang terawal, semasa saya mula-mula berjinak dengan penulisan blog ini. Ini dah setahun setengah saya berkarya dan berkongsi ilmu dengan kawan-kawan sekelian.

Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah SWT akan segala nikmat yang diberikan kepada saya. Dan ini nikmat terbaru diberikan kenaikan pangkat olehNya. Ini merupakan rahmatnya dan diberikan bersama dengan dugaanNya kerana permohonan untuk aku balik berkhidmat di Melaka tidak tercapai, walaupun begitu dugaan ini tidak seberapa jika dibandingkan dengan dugaan Allah kepada penduduk Pelastine. Semoga aku sentiasa dirahmati Allah hendaknya.

Unknown said...

Allah memang penyayang, kata orang kalau sakit dan berada dalam kesukaran itu adalah tandanya Allah masih sayang pada kita, tapi kenapa dia beri kita sakit dan susah? Jawapannya mudah adalah untuk kita muhasabah diri, dan melihat di mana silapnya kita jadi perbetulkanlah... satu lagi Allah ingin mendengar kita memohon dan merayu kepadanya. Sesungguhnya hanya Dia sahajalah tempat aku bergantung... cukup bagiku Allah....

Tetapi bukan senang pula untuk kita memuhasabah diri terutamanya yang melibatkan dengan orang yang pernah melukakan dan menyakitkan hati, iaitu bagi orang yang terlalu dekat di hati kita... orang lain saya boleh biarkah sahaja... tetapi kecil hati dengan saudara sendiri rupanya sukar untuk dilupakan. Bila ada sahaja elemen yang mengingatkan kejadian lampau maka seluruh fasiologi diri rasa sakit... Padahal saya sudah memaafkan tetapi kenapa ianya datang berulang lagi.... sungguh pelik hati dan perasaan manusia rupanya...