
Saya ucapkan selamat menyambut tahun baru 2011. Bersyukurlah kita dipanjangkan umur sehingga kini. Hidup untuk berbakti dan persediaan selepas hidup semula.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Antara permainan kegemaran anak-anak saudara lelaki aku adalah bermain kenderaan. Asal ada sahaja roda, ok lah bagi mereka. Tetapi ada di antara mereka yang akan mencabutkan roda-roda kenderaan walaupun baru seminit kenderaan tersebut dibeli. Kami menunggu kalau ada di antara mereka akan menjadi jurutera kenderaan bila dewasa nanti. Walaupun kini masing-masing dah besar (tapi masih belum cukup dewasa) tetapi belum nampak bakat ke arah itu lagi. Foto atas dari kanan Amir, Firdaus dan Ammar.
Deretan kereta lumba berkawalan milik mereka, siap sedia untuk menguasai track F1 di rumah kami di Melaka.


Kepada semua rakyat Malaysia... Tahniah.. Tahniah... Tahniah.. Cuti ini adalah hadiah Tahun Baru. Gunakan sebaik mungkin.

Yang ini adalah majlis menyambut harijadi beberapa orang pegawai dan staf Pero-5. Maklumlah kami sibuk, jadi untuk menyambut harijadi setiap orang mungkin mustahil jadi yang paling mudah, dengan menggabungkan harijadi ramai-ramai dalam 1 atau 2 bulan dan raikan.
Aku bersama bekas staf-staf aku iaitu Din, Azah dan Zuraidah (Zu). Kini semuanya tinggal kenangan saja, kami semuanya dah tak ada di Pero-5 lagi, Din telah ditukarkan ke TLDM Lumut atas permintaannya, Azah pula ke Bahagian Industri Pertahanan (IP) di Bangunan ZETRO dan Zu di CT&P Bangunan Selborn.
Tinggal kenangan...... - manjanya Azah..... belakang Azah adalah Wan, sebelah Wan,ialah Chief Sabariah, Nieza, Zurina (Erin) dan yang duduk depan Erin tu aku. Kami di pantri mengadap kek birthday yang di order oleh Nieza. Terima kasih ya kalian, harap sangat dapat jumpa lagi. Tapi tak taulah bila...

Tun Ibrahim Ismail, seorang bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia juga seorang Pahlawan Melayu telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 23 Disember 2010 kira-kira jam 4.30 pagi di HATTM. Selain daripada ahli keluarga, sahabat handai, kenalan dan anggota tentera yang mengenali beliau, pemergian beliau juga seakan-akan ditangisi oleh seluruh warga Wangsa Maju. Hujan lebat turun mencurah-curah mengiringi jenazah beliau berangkat ke kediaman beliau. 
Saya bersama Cik Nadia (Ketua Unit Hasil & Pendaftaran), Cik Henness (Ketua Cawangan IT) dan Puan Rusidah (Penyelia PKK) selepas menyaksikan perbarisan.
Saya bersama pegawai-pegawai awam sedang berbaris menunggu ketibaan Mantan Pegawai Memerintah untuk acara sending off.
Kami sedang menikmati Lunch, kebanyakan lunch kami bawa dari Melbourne (masak sendiri) kerana kami dimaklumkan di kawasan ini sukar untuk mendapatkan kedai makan muslim. Selepas pusing-pusing bandar, memang kami tak jumpa pun dengan kedai makan muslim.
Perjalanan diteruskan dan kami terpaksa bermalam di Gundagai kerana cuaca terlalu berkabus walaupun baru tengahari. Suhu di Gundagai adalah 1 darjah Celcius. Nasib baik kawasan ini tidak bersalji, tetapi tiupan angin yang kuat membuatkan rasa sejuk sampai ke kulit walaupun memakai pakaian yang berlapis-lapis.
Dalam foto ini saya sedang side seeing di St Kilda. St Kilda adalah kawasan di tepi pantai, menjadikan lokasi ini tempat kebanyakan warga Australia dan pengunjung luar negara berkelah dan makan angin. Kami juga tak melepaskan peluang untuk melihat sendiri budaya rakyat Australia di sini.
Sebenarnya wanita kurus di sebelah saya tu adalah manusia tetapi telah bersolek, berpakaian dan berlagak seperti patung barbie lagaknya... ini adalah salah satu cara mereka mencari pendapatan tambahan di samping menunjukkan kebolehan dan minat mereka. Banyak juga collection yang mereka dapat.
Bergambar dengan beberapa ekor kangaroo yang sedang berehat. Rupanya haiwan ini bersaiz besar dan angat aktif, berperangai seperti kuda iaitu suka menendang, kami telah diberi amaran supaya berhati-hati dengan haiwan ini, kerana dibimbangi ia akan menendang. Ikut kata penjaga zoo ini tendangannya boleh menjatuhkan seorang manusia.
Boomerang adalah permainan yang berasal dari Australia, dibuat dari kayu berbentuk melengkung dan apabila dibaling boomerang ini akan kembali semula ke arah orang yang membalingnya. Tetapi itu semua perlu mempunyai skill dan kemahiran. Saya cuba bermain boomerang, nampak macam senang, silap baling boomerang boleh makan tuan - maka akan berbenjullah dahi.
Belakang saya sebelah kanan adalah pokok oak yang berusia hampir ratusan tahun. Saya teringat layu Inggeris lama yang banyak mengesahkan pokok oak seperti Green, green grass of home dan tie a yellow ribbon.
Bersama peniup wood pipe yang kacak.
Saya mencuba meniup wood pipe kaum asli (aboriginal) yang sebenarnya masa meniup tu, tak ada dengar bunyi pun... tapi pipi sakit sebab dikembungkan untuk collect angin.