Imam 12 dalam syiah? Tapi kenapa syiah tidak mengakui sahabat Rasulallah saw |
Tetapi apa itu kefahaman syiah dan bagaimanakah kefahaman syiah bermula? Banyak sejarah menunjukkan bahawa syiah adalah dari rekaan seorang yahudi yang cuba merosakkan Islam. Memang Islam sukar untuk dirosakkan secara terang-terangan oleh kafir tetapi Islam boleh dirosakkan dari dalam Islam sendiri. Itulah juga yang sedang berlaku di Malaysia. Keadaannya sama sahaja di mana puak-puak yang terlalu taksub dengan apa yang mereka percaya. Malahan Mesir juga mengalami keadaan yang serupa. Entah bilalah orang Islam akan sedar akan perkara ini.
Ramai ulama Islam menyorot sejarah bagaimana terjadinya syiah ini. Diriwayatkan seorang Yahudi yang berasal dari Shan’a, Yaman bernama Abdullah bin Saba’ telah tiba di Madinah dan dia berpura-pura menganut agama Islam dan setia kepada agamaini. Peristewa ini berlaku semasa pemerintahan Khilafah Utsman bin Affan ea. Asal usul Abdullah seorang Yahudi menjalankan hasutan dan merancang pembunuhan terhadap Khalifah Utsman bin Affan ra dan , sesungguhnya dia mengagongkan Saidina Ali bin Abi Thalib ra. dengan megatakan bahawa kesemua sahabat Rasulallah saw adalah tidak layak memerintah selepas kewafatan baginda Rasul saw. Sememangnya dia pencetus aliran Syiah dengan pemecah belahkan umat Islam dan menjadikan penyokong Saidina Ali ra sebagai Islam Syiah, walaupun ianya tidak diredhai oleh Saidina Ali ra sendiri.
Lihat juga bagaimana jahatnya Abdullah bin Saba' ini melaga-lagakan sahabt-sahabat Rasuallah saw dengan pengikut syiah, sedangkan imam 12 sendiri pun tdak membenci sahabat-sahabat Raualallah saw malahan mengukuhkan silatulrahim dengan perkahwinan. Allah dah banyak kali berpesan di dalam Al Quran bahawa Yahudi ini memang mendatangkan kerosakan, tetapi kenapa ada yang terpedaya???
Di antara isu-isu yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba’ untuk memecah belah umat Islam pada saat itu antara lain:
* Bahawa Saidina Ali bin Abi Thalib ra telah menerima wasiat sebagai pengganti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. (An Naubakhti , firaq As Syi’ah, hal. 44)
* Bahwa Abu Bakar ra, Umar bin Khattab radan Utsman bin Affan ra adalah orang-orang zalim, kerana telah merampas hak khilafah Ali R.Ara setelah wafatnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Umat Islam saat itu yang membai’at ketiga khilafah tersebut dinyatakan kafir. (An Naubakhti, op cit, hal. 44)
* Bahwa Ali bin Abi Thalib adalah pencipta semua makhluk dan pemberi rezeki. (Ibnu Badran, Tahdzib al Tarikh al Dimasyq, Juz VII, hal. 430)
* Bahwa Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam akan kembali lagi ke dunia sebelum hari kiamat, sebagaimana kepercayaan akan kembalinya Nabi Isa A.S. (Ibnu Badran, op cit, juz VIII, hal. 428)
* Bahwa Ali R.A. tidak mati, melainkan tetap hidup di angkasa. Petir adalah suaranya ketika marah dan kilat adalah cemetinya. (Abd. Al Thahir Ibnu Muhammad Al Baghdadi, Al Firaq Baina Al Firaq, hal. 234)
Bahwa ruh Al Quds berinkarnasi ke dalam diri para Imam Syi’ah . (Al Bad’u wa Al Tarikh, juz V, hal. 129, th 1996)
Abu Muhammad al Hasan Ibnu Musa An Naubakhti , seorang ulama Syi’ah yang terkemuka, di dalam bukunya “Firaq As Syi’ah” hal. 41-42 mengatakan bahwa Ali ra pernah hendak membunuh Abdullah bin Saba’ karena fitnah dan kebohongan yang disebarkan, yakni menganggap Ali sebagai tuhan dan mengaku dirinya sebagai Nabi, akan tetapi tidak jadi karena tidak ada yang setuju. Lalu sebagai gantinya Abdullah bin Saba’ dibuang ke Mada’in, ibu kota Iran di masa itu.
No comments:
Post a Comment