Saya tertanya-tanya adakah mereka itu tergolong dalam agama Islam? jika tidak di manakah kedudukan mereka? adakah mereka hanyut dalam dunia sendiri dan asyik dengan hasutan iblis dan rakan sekongkol mereka iaitu Israel? atau mereka terang-terangan adalah kafir atau mungkinkah sekadar munafik? Saya bukan ahlinya untuk menjawab persoalan tersebut, tetapi kita tidak boleh mendiamkan diri dengan apa yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Syria.
Mari kita dengar apa pandangan ulama Syria yang berhadapan dengan isu ini .
Kehadiran Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syria di UKM baru-baru ini, telah menjelaskan tentang keadaan saudara kita ASWJ di sana. Syeikh Muhammad menegaskan 3 sebab mengapa negara Syria perlu diutamakan berbanding Palestine.
Keadaan di Syria jauh lebih teruk dari Palestine. Cuba bandingkan apabila ASWJ telah dibunuh dengan kejam jika di Palestine kematian rakyatnya seramai 60 ribu orang dalam tempoh 60 tahun, tetapi di Syiria, seramai 60 ribu orang ASWJ yang telah dibunuh dan terkorban dalam tempoh 2 tahun sahaja, namun begitu angka itu adalah jumlah yang dilaporkan, jumlah sebenar adalah jauh lebih ramai kerana kematian yang tidak direkodkan.
Fatwa telah dikeluarkan oleh ulama-ulama seluruh dunia, dengan berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah bahawa keutamaan berjihad di negara Syria lebih diutamakan kerana di bumi ini nanti (Dimasyh) adalah tempat di mana Nabi Isa as akan turun, dan Syam Syria juga di mana Imam Mahdi akan muncul.
Jihad di negara Syria juga diibaratkan sebagai berjihad di Palestine menentang musuh agama suci Islam. Sesungguhnya sehingga ke hari ini, masih ramai lagi yang belum mengetahui akan bencana yang sedang dialami oleh umat Islam di Syria. Ini sebabkan tindakan Syria yang tidak membenarkan maklumat dan media asing di negara tersebut begitu juga mereka tidak membenarkan bantuan asing masuk.
Sangat sedih apabila mendengar kata-kata Sheikh Muhamad mengenai serangan yang dilakukan ke atas masjid, sehinggakan tiada satu masjid di Syria yang tidak dibom oleh mereka. Masjid dihina bila mana orang Syiah mencabuli wanita ASWJ di dalam masjid. Tidak dapat dibayangkan apabila kita mengetahui di Syiria tiada hospital yang sedia membantu ASWJ.
Sekiranya mereka ditembak, dibom dan dicederakan, mereka dibiarkan begitu sahaja. Mereka menanggung kesakitan hingga mereka menemui ajal. Bayangakan apabila si ibu tak boleh membuat apa-apa dan melihat anak dan ahli keluarganya mati, kemudian mereka terpaksa merahsiakan kematian ahli keluarganya, jika diketahui, si ibu dan ahli keluarga yang lain akan ditangkap dan dibunuh.
Tahukah anda mengapa Syiah melakukan kekejaman sedemikian?, ini disebabkan mereka berpendapat dan percaya bahawa darah ASWJ adalah halal, mereka juga percaya sekiranya mereka dapat menyembelih ASWJ, darah yang mengalir di bumi ni akan membangkitkan ketua mereka iaitu Al Masih Ad Dajjal Laknatullah. Perasan tak anda bahawa kepercayaan mereka ini sangat sama dengan kepercayaan kaum Israel.
Pesan Ulama
* Umat Islam ASWJ Syria tidak hanya memerlukan bantuan dari segi kewangan semata-mata kerana tiada cara bantuan boleh dibawa masuk ke Syiria. Pun begitu bukan juga mengharapkan doa semata-mata, sebaliknya apa yang diharapkan agar perkara ini dapat sampaikan kepada semua umat Islam di dunia. Setiap dari kita perlu mengambil tahu tentang apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita di seluruh dunia, maka dengan itu kita boleh bersatu dan doa-doa kita akan menjadi lebih ampuh.
* Di akhir zaman ini kita perlu pandai memilih pemimpin yang benar-benar mempunyai ilmu Islam dan membawa negara di bawah pemerintahan Islam, kerana pemimpin sebegini sahaja yang boleh dipercayai.
Fakta
Dengan berlakunya kekejaman oleh rejim Basyar di Syria, saya melihat seperti ada satu pola susunan yang strategik untuk pembentukan kerajaan di bawah pemerintahan Dajjal. Jom tengok angka di bawah (angka di bawah hanya anggaran sahaja - tidak boleh digunakan dalam mana-mana kajian akademik):
* Dalam tempoh lebih kurang 70 tahun Zionis menjajah bumi Palestin, mereka telah membunuh sekitar 60 ribu umat Islam di bumi tersebut.
* Kini rejim Syiah Nusairi (era Bashar) di Syria hanya dalam tempoh 2 tahun sahaja telah membunuh lebih daripada 60 ribu umat Islam ASWJ.
* Diberitakan jumlah mangsa tragedi Hama pada tahun 1982 (era Hafeez Asad) telah mengorbankan lebih 46 ribu umat Islam.
* Jumlah keseluruhan umat Islam ASWJ yang dibunuh oleh puak Syiah di Syria adalah lebih kurang 106 ribu orang sejak tahun 1982 iaitu tempoh masa yang jauh lebih singkat iaitu 30 tahun sahaja.
* Jadi berapa ramai ASWJ yang dibunuh oleh Syiah dalam setahun? iaitu secara purata mereka membunuh seramai 3,500 orang ASWJ dalam setahun selama, manaka Yahudi Zionis Israel membunuh umat Islam di Palestine dengan purata 1,000 orang setahun. jadi siapa yang lebih kejam?
* Melihat kepada kaedah dan kepercayaan mereka seperti ada kaitan di antara kedua-dua puak ini. Tapi apa dia matlamat mereka sama, iaitu untuk membangkitkan pemerintahan Dajjal?
1. Penyerahan Bukit Golan kepada Israel
2. Penyiaran 4 rangkaian agama Iran dari stesen di Israel
3. Peranan Amerika menyerahkan Iraq kepada kepimpinan Syiah
4. Kaitan Yahudi Israel dengan Yahudi Iran. 70.000 Yahudi Iran telah berpindah ke Israel selepas kejayaan revolusi Islam di Iran.
5. Darah yahudi dalam tubuh Ahmadinejad, itu memang betul tetapi saya sangat berharap dan berdoa agar beliau tetap di laluan Allah yang lurus. Namun kita perlu berhati-hati....
6. Sejarah keujudan syiah menurut ASWJ - Hasil tipu daya oleh seorang Yahudi Yaman. Syiah diasaskan oleh Abdullah Ibnu Saba' seorang Yahudi dari San'a Yaman.
7. Lihat peta di atas. Dengan penyerahan Iraq kepada pemerintahan Syiah bermakna 3 negara dikuasai oleh syiah dan ianya seolah-olah bercantum dalam peta. Apa yang anda andaikan?
Bagaimana pula dengan pemerintahan semasa Regim Saddam Hussien yang sangat dibenci oleh Israel dan syiah. Adakah anda lihat kenapa Saddam menghapuskan kaum syiah? Sezalim Saddam dia tidak membunuh anak-anak dengan zalim seperti mana yang dilakukan oleh Israel dan syiah. Apa yang kita dan lakukan semasa Saddam dihukum dulu? Akhirnya kita nampak dengan jelas bahawa penghukuman Saddam oleh USA adalah untuk menyelamatkan Israel dan syiah. Dan inilah yang berlaku (di Syiria) selepas itu.
Maka kita kena pula berhati-hati dengan apa yang terjadi di Mesir kerana kronologi peristewa lebih kurang sama je - dalangnya USA dan Israel, dan mesin pemusnah dari dalam negara itu sendiri.
No comments:
Post a Comment