Keadaan saudara Islam kita [Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)] di Syria makin meruncing, kita yang jauh dari mereka hanya dapat melihat dengan kepiluan, kita menyuarakan rasa tidak puashati tapi rasa tersebut tidak sedikitpun dapat membantu. Tentunya kita sangat bimbang apabila setiap hari pembunuhan terhadap anak-anak kecil dan perkosaan wanita berlaku. Apa yang boleh dilakukan adalah doa ikhlas yang tidak putus-putus, walaupun kita akan menyambut Aidilfitri dengan perasaan gembira, namun jangan sekali-kali lupakan doa-doa itu.
Selain daripada doa, apa lagi yang kita boleh lakukan - ya!!! kita boleh hulurkan derma ikhlas semampu dan sekerap yang boleh kepada badan-badan yang dipercayai. Semoga dengan derma ini mereka mampu ditolong. Kita lihat apa pandangan ulama Prof. Dr. Yusuf Qardhawi, beliau adalah Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds International yang beroperasi di Beirut.
Prof. Dr. Yusuf Qardhawi memberi pandangan bahawa mereka yang telah menunaikan ibadat haji dan umrah serta bercadang untuk mengerjakan lagi haji dan umrah, maka wajarlah bagi mereka untuk mendermakan kepada saudara seagama di Syria. Pandangan yang diberikan oleh beliau adalah berdasarkan kepada aulawiyat (keutamaan). Menurut beliau situasi yang terdesak di Syria dan beberapa negara di dunia kini menyaksikan umat Islam ditekan, ditindas, dibunuh dan dizalimi memerlukan pembelaan dan pertolongan dari umat Islam seluruh dunia. Syeikh Qardhawi menggariskan beberapa kaedah untuk diamati oleh umat Islam iaitu:
1. Allah tidak akan menerima amalan sunat hinggalah ditunaikan amalan fardhu. Contohnya, setiap mereka yang mengerjakan umrah tanpa mengeluarkan zakat sebagai contoh, maka umrahnya ditolak oleh Allah. Keutamaan mengeluarkan harta bagi mengerjakan umrah ialah perlu dibersihkan terlebih dahulu hartanya dengan kefardhuan zakat.
2. Allah tidak akan menerima amalan sunat yang menjurus kepada perbuatan yang haram kerana menyelamatkan dosa dari yang haram perlu didahulukan berbanding memperoleh pahala dari amalan sunat.
3. Pintu kebaikan yang dikurniakan oleh Allah amat luas maka jangan disempitkannya kerana mereka yang mengerjakan haji secara berulang kali akan menutup peluang saudara Islam lain yang masih belum berkesempatan menunaikan ibadat ini.
Jadi jangan buang masa, lakukan doa kerana doa itu adalah senjata paling ampuh orang Islam, di samping itu jangan lupa untuk menderma kerana ianya pasti dapat membantu saudara-saudara kita. Biar kita tidak ada di medan, tetapi kekuatan dan jihad kita ada bersama mereka, semoga perjuangan mereka dipermudahkan oleh Allah.
Dermalah walaupun sedikit kerana lama-lama dan ramai-ramai ianya akan menjadi bukit malahan gunung. Jangan biarkan Ramadan yang berbaki beberapa hari lagi ini berlalu begitu saja kerana menderma dan bersedekah di bulan mulia ini ganjarannya sangat besar yang kita tidak dapat bayangkan.
P/S - Anda boleh menyalurkan derma tersebut ke akaun di bawah ini:
MAYBANK Kuala Lumpur, Malaysia: 5622-1820-7666
GABUNGAN SALAM SYRIA
Emel: malaysia4syria@gmail.com
No comments:
Post a Comment