22 August 2013

Tetamu di Pagi Syawal

Awal pagi syawal selepas acara bersalaman dan mohon kemaafan di kalangan keluarga, kami dikujungi oleh tetamu yang pada setiap hari raya akan menjadi tetamu yang paling awal. Mereka adalah anak-anak abang Senin dengan Kak Jah, kalau tidak silap Hasrin (Rin) dan adik-adiknya bersama dengan keluarga masing-masing. Abang senin dan Kak Jah adalah jiran yang tinggal tidak jauh dari rumah kami, ditambah pula mereka adalah bersaudara dengan kelaurga saya.

 Saya mengucapakan Selamat hari raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin serta terima kasih atas kesudian dan melapangkan masa untuk menziarahi kami.

Memandangkn kami juga belum bersarapan jadi kami makan bersama dengan tetamu kami, kerana ramai rasanya lebih selesa apabila makan bersila di atas lantai.

2 comments:

Unknown said...

Selamat hari raya...
Suasana mcm nilah yg kami rindukan.

Unknown said...

Kenapa Zana cakap camtu... Zana tak balik kampung jumpa ayah emak ke? Kalau Zana orang Jasin Melaka, nanti Raya Aidil Adha datanglah ke rumah . . . .