Seperti juga raya Aidilfitri tahun lepas, raya tahun ini saya terpaksa membelikan Abang (Adi Nur Rasyid) sebuah handphone (hp) yang baru kerana hp yang saya belikan pada raya tahun lepas kekurangan memory... semasa beli tahun lepas kami pun tidak perasan akan memory phone tersebut (Sony Ericsson) harga hp tersebut adalah RM800 lebih. Apabila ditanya untuk ditolak, kedai hanya nak ambil RM200 sahaja... rugi betul . . .
Saya cadangkan Abang untuk membeli hp jenama Samsung kerana menawarkan memory yang tinggi, dengan persetujuan Abang saya belikan dia hp Samsung S3 dengan memory 16G berbanding hp Sony Erisson hanya 460M sahaja. Saya terpaksa belikan juga Abang hp kerana bulan September ini dia akan mendaftar ke UiTM untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Komunikasi. Dan penggunaan hp adalah sangat penting bagi pelajar komunikasi. Saya berharap agar Abang dapat menyambung hasrat saya untuk menamatkan pengajian di peringkat PhD kerana saya hanya mampu sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) sahaja. Setakat ini nampaknya dia sahaja yang bakal menyambung legasi saya.
Abang dengan mamanya sedang meneliti perolehan di peringkat akhir oleh tokey kedai. Oh ya... Abang bernasib baik kerana secara kebetulan hp (Celcom) saya juga telah rosak dan saya sudah menyimpan hasrat untuk membeli hp baru. Nasib baik tidak beli, jika tidak Abang terpaksalah menunggu 6 bulan lagi untuk mendapatkan hp baru. Dan kini saya menggunakan hp lama Abang tu bolehlah tu . . .
No comments:
Post a Comment