12 August 2013

Oky Keletihan

Oky anak kucing yang sangat aktif. Selepas makan dia akan mula bermain-main, biasanya dia akan bermain sendirian bersama dengan permainan dia. Ada kalanya dia sangat suka bermain dengan saya. Pernah 1 malam Oky mengigit tangan saya mengajak bermain.

Rupanya kucing jenis Maine Coon (MC) memang aktif, dia akan tidur dengan lena apabila sudah letih. Ini pertama kali saya memelihara kucing jenis MC dan saya rasa sedikit kelam kabut untuk mengenai keperibadian kucing jenis ini. Tu dia dah letih dan mula berehat.

MC tidak suka duduk lama di atas riba manusia atau tidak suka dipegang terlalu lama, dia akan meronta untuk turun dan mencari tempat rehat berdekatan dengan tuannya. Saya perhatikan Oky sangat suka duduk, tidur dan bermain di tempat di mana saya berada. Kalau saya ke dapur, Oky akan ikut dan bermain/ duduk/ tidur tidak jauh dari saya, begitulah tabiat kucing jenis ini.

No comments: