Bertahun-tahun saya mencuba mencari malam yang lebih baik dari malam 1,000 bulan, iaitu lailatul qadar. Pesan Junjungan Besar Nabi Muhammad saw (Selawat Dan Salam Ke atas Baginda beserta dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda). Adalah Malam Qadar Berlaku Pada Satu Malam Daripada 10 Malam Terakhir (Hari Ganjil) Bulan Ramadhan.
Di Bawah ini adalah Petua dan Pengiraan Oleh Imam Ghazali Dan Lain-Lain Ulama’ bagaimana Untuk Cari Mencari Malam Lailatul Qadar. Formulanya seperti berikut:
Jika Awal Ramadhan Jatuh Pada Hari:
1) Ahad Atau Rabu - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 29 Ramadhan;
2) Isnin - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 21 Ramadhan;
3) Selasa Atau Jumaat - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 27 Ramadhan;
4) Khamis - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 25 Ramadhan; dan
5) Sabtu - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 23 Ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas.
Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 29 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 6 Ogos 2013 (Selasa), iaitu malam lusalah kawan-kawanku. Dalam takwim Islam hari baru menjelang sebaik sahaja masuknya waktu maghrib, oleh itu maghrib pada hari Selasa 6 Ogos 2013 adalah 29 Ramadhan. Walalhualam.
Malam ini adalah malam 27 Ramadhan ... mungkinkah malam ini adalah lailatul qadar? mari kita teruskan mencari lailatul qadar malam ini jua.... Insyaallah
Walaupun begitu kawan-kawanku, janganlah ibadat pada malam itu sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga iaitu bermulanya 10 malam terakhir.
Tanda malam Qadar ialah :
1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah Kita Beramai-Ramai Memeriahkan Suasana 10 Malam Terakhir Ramadhan Dengan Beribadat Kepada Allah Swt Dengan Ikhlas Dan Penuh Keimanan, Mudah-Mudahan Kita Dapat Kurniaan Allah Yang Kelebihan Pahalanya Melebihi - 1,000 Bulan Atau 83 Tahun Umur Kita. Ameen.....
No comments:
Post a Comment