13 August 2013

Ciri-Ciri Imam Mahadi

Ramai muslimin yang tertanya-tanya bagaimana agaknya 'rupa' Imam Mahdi? Cerita mengenai imam ini saya dah dengar sejak saya kecil lagi, walaupun pada masa itu saya kurang faham, tetapi yang saya sangat yakin dan percaya sehingga kini ialah apabila imam ini berada di kalangan kita bermakna alam ini hampir sampai ke hujungnya.

Sebenarnya ketibaan Imam Mahdi telah pun diceritakan oleh Rasulullah saw melalui hadis baginda saw dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya seperti namaku, nama bapanya seperti nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kebajikan sebagaimana sebelumnya bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud (9435) dan Turmizi.

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan hasil dan darinya bumi dipenuhi dengan kedurjanaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di Baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.

Wahai rakan-rakanku sekelian, sekarang ini pun penginayaan, kezaliman dan kekacauan terhadap ramai umat Islam sedang berlaku secara berleluasa di seluruh dunia, lihat sahaja apa yang berlaku di Pelastine sejak 60 tahun lepas, kini lihat sahaja apa yang dilakukan terhadap umat Islam di Mymar. Tidak urang juga yang terjadi di Syria.... adakah Imam Mahadi sudah berada di kalangan kita?. Bagaimana untuk kita mengenali baginda? bagaimana rupa, peribadi dan kepimpinannya. Apa yang pasti, imam ini adalah dari susur galur darah baginda Rasulallah saw. Oleh karena itu sebaik-baik tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah melalui hadis-hadis hasan dan saheh baginda Rasulullah saw.

Telah bersabda Rasulullah SAW: “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kekejaman, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun. (HR. Abu Dawud dan al-Hakim) ”

Rasulullah SAW juga bersabda:“ Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku. (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim) ”

TANDA-TANDA AL MAHDI

Antara Ciri-ciri Imam Al-Mahdi adalah beliau seorang yang gagap tetapi dia tidak pernah gagap ketika membaca Al Quran bahkan dia telah katam Al Quran seawal umur 5 tahun. Walaupun baginda gagap ketika menyampaikan khutbah namun baginda akan megetuk lututnya. Imam Mahdi juga seperti manusia akhir zaman maka hayatnya tidaklah panjang seperti Nabi Isa as.

Nabi SAW bersabda: “Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)

Hadit berikut memberi gambaran bahawa kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting.

Pertama, perselisihan berpanjangan sesudah kematian seorang pemimpin.

Kedua, dibai’atnya seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Ka’bah.

Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbai’at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.

“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)

Bila ketiga peristiwa di atas telah terjadi, maka Umat Islam di seluruh dunia mengetahui bahawa Imam Mahdi telah diutus oleh Allah ke muka bumi. Dan apabila ini telah menjadi maka kita mengikuti pesan Nabi saw seperti yang dihadiskan seperti berikut: “Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud 4074)

Riwayat lain mengisahkan bahawa terdapat beberapa tanda pada tubuh (wajah, badan, dan lain-lain) yang menjadi pertanda, iaitu Imam Mahdi memiliki wajah yang bercahaya, perawakan yang sejuk. Ada juga riwayat yang menyatakan bahwa salah satu tanda yang ada pada tubuh Imam Mahdi adalah tahi lalat di pipinya.

Usia Imam Mahdi tidaklah panjang, selepas kematian baginda maka Nabi Isa as akan memimpin umat Islam yang masih terpelihara akhlaknya.

No comments: