Esok hari raya Aidil Fitri bagi tahun Hijrah 1434 bersamaan tahun Masihi 2013. Semua ahli keluarga sedang sibuk menyiapkan persiapan - maklumlah kami jarang-jarang balik ke kampung jadi rumah kenalah dibersihkan. Nasib baik ada budak-budak yang rajin menolong.
Rendang daging yang dah siap dimasak. Menjadi tradisi keluarga saya menyediakan juadah ini semasa hari taya dan master chefnya adalah adik saya Ain. Ain mengetuai dapur memasak banyak juadah yang menjadi tradisi kami.
Ain jugamenyediakan kuah kacang. Kuah kacang Ain memang sedap
Adik saya Azman sedang menyedaikan juadah berbuka puasa untuk hari terakhir Ramadan.
Ammar sedang menukar lampu yang tidak menyala lagi...
No comments:
Post a Comment